SKANDAL 1MDB: RAKAN TRUMP DIKAITKAN DENGAN JHO LOW DAKWA JADI MANGSA

Penyumbang dana parti Republican, Elliot Broidy yang didakwa terlibat dalam rundingan melibatkan perjanjian bernilai AS$75 juta (RM295 juta) dengan ahli perniagaan Jho Low mendakwa menjadi mangsa dalam kes itu.
Sebelum ini Broidy didakwa cuba berunding dengan Jho Low untuk memastikan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) menggugurkan siasatan terhadap kes 1MDB.
Rundingan itu mula didedahkan oleh Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa telah memperoleh e-mel menunjukkan Broidy yang merupakan rakan presiden AS Donad Trump, dalam draf cadangannya meminta bayaran AS$75 juta “jika DOJ menggugurkan siasatan segera”.
“Dia (Broidy) kata sebab e-melnya tersebar dan menjadi bahan berita sekarang adalah kerana ia telah diceroboh oleh kerajaan asing, dan dia adalah mangsa sebenar di sini,” kata hos televisyen Amerika, Rachel Maddow dalam program beritanya ‘The Rachel Maddow Show’ malam tadi.
Dalam episod berkenaan, Maddow memperincikan mengenai skandal 1MDB, bermula daripada isu ‘sumbangan Arab’ kepada pendedahan terkini mengenai perjanjian Jho Low itu.
Seperti dilaporkan oleh WSJ, e-mel bertarikh tahun lalu itu melibatkan perbincangan untuk mewujudkan kontrak rundingan dengan Low.
Dalam emel itu juga Broidy dikatakan telah merangka butiran ucapan dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Donald Trump tahun lepas, termasuk isu “tindakan undang-undang AS dalam urusan 1MDB”.
Jho Low didakwa terlibat dalam skandal 1MDB terutamanya selepas DOJ melancarkan beberapa saman pelucuthakan untuk merampas aset yang didakwa diselewengkan daripada dana 1MDB.
Ahli perniagaan itu sekali lagi mencuri perhatian apabila kapal layar mewah yang didakwa diperolehi menggunakan dana 1MDB dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia di Bali dalam operasi bersama dengan pihak berkuasa AS baru-baru ini.
Dalam programnya malam tadi, Maddow bercakap mengenai rampasa kapal layar Equanimity dan secara berseloroh mengucapkan tahniah kepada rakyat AS kerana mendapat “kapal layar baru” mereka.
Broidy dalam masalah
Maddow juga berkata Broidy, yang merupakan seorang kapitalis, baru-baru ini terlibat dalam satu lagi siasatan berprofil tinggi oleh DOJ yang diketuai oleh peguam khas Robert Mueller, berkaitan “pengaruh wang asing dalam kegiatan politik Trump”.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :