Kalau bab bercakap guna air liur tanpa merujuk kepada realiti dan juga keadaan sebenar, suruh budak sekolah tadika pun pandai. Tak payah susah - susah nak jadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
Realitinya, puak Pakatan Haprak tu memang tidak mempunyai sebarang modal untuk menarik sokongan dari pengundi. Maka mereka terpaksa menipu walaupun dalam janji Manifesyo mereka.
Perkara itu diakui sendiri oleh Tun Mahathir yang menyifatkan puak Pakatan Haprak tu tidak mampu untuk menunaikan janji Populis yang ditaburkan oleh sesetengah pemimpin mereka.
Bekas Perdana Menteri itu membuat dakwaan, kepemimpinan Pakatan tidak terikat kepada kenyataan dan janji dibuat pemimpin tertentu jika mendapati ia di luar kemampuan kewangan.
"Kita sedar, bahawa sebelum kita menyiapkan manifesto, ramai juga daripada pemimpin-pemimpin pakatan harapan yang membuat kenyataan tertentu (berhubung janji kepada rakyat).
"Kita tidak terikat dengan kenyataan dibuat itu, jika dapati tidak dapat dilaksanakan apabila menerajui kerajaan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Galeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Menara Yayasan Selangor, di sini hari ini.
Tapi, kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu bukan la satu perkara yang baru bagi rakyat Malaysia sebab sebelum ini pun, puak Pakatan Haprak tu sendiri pernah mengaku bahawa Manifesto itu Bukan Janji. Ianya hanya sekadar 'Gula - Gula' untuk menipu rakyat!!!