BEKAS ADUN DAPigs KECEWA!!!

ADUN DAPigs Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang mengumumkan keluar dari menjadi ahli parti itu dan akan menyertai parti baru dengan pengumuman mengenainya dijangka dibuat esok.


Yee Cheu berkata, pengumuman itu akan dibuat kepimpinan parti baharu yang akan disertainya, selain bakal bertanding mewakili parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


"Pengumuman mengenai perkara ini (penyertaannya dalam parti baharu) akan dibuat oleh kepimpinan parti serta rakan dalam parti baharu, esok.


"Saya akan terus berjuang dan bekerja untuk rakyat menerusi platform politik yang baharu, sebaliknya bukan hanya bermain politik untuk meraih keuntungan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Semalam, Yee Cheu mengumumkan menerusi Facebook keluar DAP selepas menyertai parti itu pada tahun 2000.


Oktober tahun lalu, Yee Cheu memaklumkan akan meninggalkan DAP selepas pembubaran DUN akan datang selepas tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan parti.


Yee Cheu sebelum ini pernah mencadangkan jawatan Ketua Menteri disandang secara bergilir dan tempohnya dihadkan kepada dua penggal, pada sidang DUN Pulau Pinang 2014, bagaimanapun ia ditolak selepas mendapat pelbagai reaksi ADUN.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :