KEROSAKAN YANG MENUTUP CURAHAN BERBILIION RINGGIT UNTUK DAPAT SOKONGAN RAKYAT

Nilai kerosakan dari berita kehadiran Ketua UMNO Bahagian Tun Abdu Razak Datuk Rizalman Mokhtar  di sebuah Kelab malam tanpa lesen untuk berhibur sehingga lewat pagi bersama kawan-kawannya  tentulah  lebih besar dari keuntungan politik yang boleh didapati oleh BN  atas curahan  berbillion  ringgit bagi berbagai projek dan bantuan untuk rakyat menjelang pilihanraya.

Pekara ini mungkin kecil tetapi terlalu besar kerosakannya dalam sekelip mata di mata rakyat yang membenarkan anggapan negatif terhadap pemimpin UMNO.

Walaupun Datuk Rizalman menapikan bahawa beliau mengambil dadah atau minum minuman  keras tetapi berbagai    persepsi rakyat terutama kepada ahli-ahli Pas tent.

Kesan buruk ini tidak boleh dinapikan dengan mudah kerana sebahaian besar rakyat adalah tidak bersikap rasional dan leih mudah percaya kepada penyebaran maklumat yang bersifat negatif terutama dalam hal yang megenai peribadi sesaorang pemimpin.

Bila peristiwa seumpuma ini terdedah maka rakyat setempat dan masyarakat pada umumnya akan merasa amat kecewa  mengetahui sikap pemimpin yang tersembunyi dari penampilan yang membanggakan mereka.

Rizalman mendakwa beliau telah terperangkap dalam perancangan musuhnya  mejejaskan namanya sebagai potensi  calon pilihanraya Parlimen Bandar Tun Abdbul Razak yang sebeum di wakili oleh MCA.

Pihak polis tidak boleh dituduh berkonspirasi  kerana mereka  bertindak atas maklumat orang ramai malah ini adalah merupakan suatu tindakan berani yang disanjung oleh orang ramai kerana  selama ini pihak polis  dituduh melindungi kelab malam haram.Adakah Datuk Rizalman tidak mengetahui kelab hiburan ini  tidak berlesen?

Sewajarnya pemimpin-pemimpin UMNO lebih berhati-hati dalam  penglibatan  diri dengan aktiviti persendirian yang boleh merosakan imej UMNO dalam menghadapi  piliharaya ke 14 dengan bertimbangrasa terhadap usaha-usaha gigih  DatukSeri Najib bagi mempastikan UMNO kembali berkuasa.

Jika in dianggap sebagai suatu sabotaj terhadap Datuk Rizalman sebagai calon yang berpotensi bagi kawasan Parlimen Bandar Tun Abdul Razak, maka kita tidak tahu berapa banyak lagi sabotaj  yang akan berlaku sesama sendiri dalam UMNO  dalam  perebutan menjadi calon pilihanraya walaupun pada permukaannya  kelihatan tenang damai dan dikatakan semuanya  telah selesai.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :