Punca kemarahanya adalah oleh kerana Ketua Wanita bahagiannya seorang peguam telah dipilih untuk menjadi calon tetapi beliau sendiri tersingkir.Dalam suratnya yang menjadi tular beliau lebih dahulu mengsitiharkan untuk bertanding bebas P150Batu Pahat dan N24 DUN Senggarang.
Katanya "Saya akan berperang melawan sistem yang rosak dalam UMNO dalam memilih calon untuk PRU14."
Meletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA,Puad Zarkashi akan melumpuhkan jentera porpaganda kerajaan dan UMNO yang diperlukan untuk bergerak lebih aktif , terancang dan berkesan dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke14.
Ia juga akan memberikan pukulan moral yang hebat pada pandangan masyarakat dan semangat kerja UMNO sendiri.Puad mungkin dianggap tidak berpengaruh tetapi jentera JASA telah pun mempunyai pengaruh hingga keakar umbi yang hanya perlu diaktifkan pada bila-bila masa.Bagaimana jika generalnya tidak ada.
Jika Puad melakukan apa yang telah dihebahkan menerusi suratnya yang telah pun ditularkan maka tidaklah keterlaluan beliau boleh dianggap melakukan sabotaj terhada jentera pilihanraya UMNO dan imej kepimpinan UMNO.Tetapi bolehkah beliau disalahkan?
Bagi saya sendiri walau apapun dikatakan tentang kelemahan Puad tetapi lebih bersifat peribadi. Beliau telah menjalankan tugas dengan aktif, berani dan mengorbankan intelektualismenya terutama dalam merendahkan taraf kepimpinan dan sumbangan bekas PM ,Tun Doctor Mahathir kepada negara..
Tetapi itulah kerja seorang propagandis zaman yang mahu menjamin kemenangan parti dan kepimpinan Datk Sei Najib kerana Mahathir telah menjadi musuh utama UMMO dan PM Najib.
Jika beliau berasa bagitu kecewa,marah dan tidak adil terhadap dirinya kerana ditolak untuk menjadi calon Parlimen bagi Batu Pahat sebaliknya seorang wanita UMNO yang pernah menjadi kontroversi dipilih maka beliau adalah berhak untuk merasakan demikian. Siapapun pun akan melakukan apa sahaja jika pengorbanannnya tidak dinilai malah dimalukan.
Puad berasa dianggap seperti sampah dan berikrak akan menentang sistem yang rosak sekalipun akan tersungkur bagi kali terakhr.
Barangakli masih ada masa bagi pucuk pimpinan UMNO untuk memjuknya.
S
