Mesej tular laman pautan SPR palsu

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sebuah mesej yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai laman pautan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini disahkan sebagai palsu.
 
Menurut sebenarnya.my, mesej itu meminta orang ramai supaya berhati-hati dengan alamat pautan https://ift.tt/2lJNdUh yang didakwa merupakan sebuah laman SPR yang palsu dan cuba mencuri data peribadi.
 
“Kononnya laman SPR dengan pautan https://ift.tt/2lJNdUh adalah sebuah laman palsu yang cuba mencuri maklumat kad pengenalan.
 
“Sedangkan sebenarnya kedua-dua alamat pautan https://ift.tt/2lJNdUh dan https://ift.tt/2GMThnl akan membawa pengguna ke laman SPR yang asli,” katanya dipetik Utusan Online.
 
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai dan menyebarkan mesej palsu berkenaan.
 
 

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :