Sidang Dewan Rakyat Parlimen Ke-13 ditangguh

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-13 ditangguhkan pada pukul 1 tengah hari setelah berlangsung selama 20 hari mulai 26 Mac lalu.
 
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam ucapan penangguhannya berkata, sidang itu merupakan yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan.
 
Menurut beliau, sidang Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan ditentukan kelak.
 
“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana janji saya untuk melakukan Pelan Transformasi Parlimen telah berjaya dilaksanakan dengan sokongan ahli-ahli Yang Berhormat.
 
“Dalam hal ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih terutamanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas sokongan dan persetujuan kerajaan terhadap Pelan Transformasi Parlimen,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. 


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :