Zaharudin tanya 4 soalan tentang audio ‘Ana Tahu’


Zaharudin respon terhadap dakwaan penglibatan beliau dalam isu audio Nik Abduh.

Setelah sekian lama membisu ekoran penyebaran audio yang didakwa milik suara AJK Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh, menantu Presiden Pas, Zaharudin Mohamad yang dikaitkan juga dalam isu ini mula memberikan reaksinya.

Tanpa mengesah atau menafikan kesahihan audio itu, Zaharudin mahu penyokong Pas bertanya empat soalan kepada penyebarnya.

“Kena tanya penyebar tu jika betul rakaman tu, maka di mana ia berlaku?” soal Zaharudin.

Audio itu dikatakan dirakam ketika Zaharudin dan rakan-rakannya bertemu Nik Abduh bagi mendapatkan penjelasan berhubung dengan isu Pas menerima duit Umno.

Dalam reaksi kali ini juga, Zaharudin mahu penyokong Pas bertanya, “Bila?” pertamuan itu diadakan dan “Siapa yang hadir?

Beliau juga bertanya, “Mana suara saya?” selepas dikatakan beliau hadir ke majlis pertemuan sehingga terhasilnya audio itu.

Zaharudin memberikan respon kepada tulisan Asoka San yang menulis, “Kini diorang mainkan isu rakaman audio ustaz Nik Abduh dikatakan dan keluar result awal…katanya memang sah suara Nik Abduh..moga kita tetap kekal istiqamah.”

Dalam audio itu, Nik Abduh dikatakan mengaku beliau sendiri menerima duit dari Umno.

Bukan setakat Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar sahaja yang menerima RM2 juta semasa pilihan raya negeri Sarawak, tetapi kebanyakan pemimpin dalam Pas, termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga menerima duit dari Umno.

Namun hampir kesemua pemimpin Pas menafikannya dengan menganggap audio itu bukan suara Nik Abduh melainkan AJK Pas Pusat Dr Azman Ibrahim yang mendakwa Umno mengkhianati Pas selepas memberi duit kepada Pas.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :