INFO PILIHAN RAYA : KENALI 5 JENIS PENGUNDI

Dalam setiap pilihan raya, sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, terdapat 5 jenis pengundi yang akan memastikan kemenangan sesebuah parti iaitu :

PENGUNDI #1 : AHLI PARTI
Pengundi jenis ini adalah individu yang berdaftar dengan sesebuah parti politik. Di Malaysia, UMNO merupakan parti yang mempunyai keahlian paling ramai iaitu 3,644,925 orang. PAS pula merupakan parti pembangkang dengan jumlah ahli kedua teramai iaitu 897,800.  Dalam pilihan raya, ahli parti akan mengundi partinya. Pengundi jenis ini dikategorikan sebagai pengundi putih oleh parti tersebut.


PENGUNDI #2 : PENYOKONG PARTI
Pengundi jenis ini adalah individu yang menyokong sesebuah parti tetapi tidak mendaftar dengan parti tersebut. Selalunya, penyokong parti ini lantang menunjukkan sokongannya sama ada di kedai kopi atau pun dalam media siber. Pengundi jenis ini dikategorikan sebagai pengundi kelabu putih oleh parti yang disokongnya.


PENGUNDI #3 : ATAS PAGAR
Pengundi jenis ini adalah individu yang tidak menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti politik. Ramai di kalangan pengundi jenis ini sebenarnya tidak berminat dengan politik tetapi tetap menunaikan tanggung jawab sebagai warganegara dengan mengundi. Pengundi jenis ini dikategorikan sebagai pengundi kelabu oleh parti politik.


PENGUNDI #4 : PENYOKONG PARTI LAWAN
Pengundi jenis ini adalah individu yang menyokong sesebuah parti tetapi tidak mendaftar dengan parti tersebut. Dalam pilihan raya, sesebuah parti politik akan mengkategorikan pengundi jenis ini sebagai pengundi kelabu hitam.


PENGUNDI #5 : AHLI PARTI LAWAN
Pengundi jenis ini adalah individu yang berdaftar dengan sesebuah parti politik. Dalam pilihan raya, sesebuah parti politik akan mengkategorikan pengundi jenis ini sebagai pengundi berstatus hitam.


Untuk memenangi pilihan raya, sesebuah parti politik perlu mendapatkan undi yang cukup. Sekiranya parti tersebut mempunyai blok pengundi putih dan kelabu putih yang cukup, maka mudahlah untuk mereka menang. Jika tidak, mereka memerlukan undi atas pagar untuk menang. 

Di kawasan luar bandar, Barisan Nasional (BN) mempunyai ahli dan penyokong parti yang cukup ramai. Kerana itulah, BN sering menang di kawasan tersebut. Bagi kawasan bandar dan pinggir bandar, kebanyakan parti politik tidak mempunyai ahli yang ramai. Majoriti penduduk di kawasan ini termasuk dalam golongan atas pagar dan penyokong parti sahaja. Atas sebab itulah pembangkang mempunyai peluang besar menang di kawasan ini kerana pengundi kelabu dan boleh dipengaruhi dengan isu-isu semasa. Jika diimbau pada PRU 2003 dan PRU 2008, pembangkang menghasut pengundi dengan isu pilihan raya seperti BERSIH dan pengundi Bangladesh. Strategi mereka nampak berjaya dan ramai yang keluar mengundi kononnya untuk menyelamatkan Malaysia dari penipuan pilihan raya.

Hakikatnya, tiada penipuan yang berlaku. Jika benar ianya berlaku, kenapa ada negeri yang di pemerintah oleh PAS, PKR dan DAP? Atas sebab itulah SPR mengorak langkah mewujudkan Akademi Pilihan Raya untuk memperjelaskan perjalanan sesebuah pilihan raya. Untuk kali ini, mereka masih cuba menakut-nakutkan pengundi dengan kemunculan pengundi Bangladesh.Walaupun ada yang percaya, tetapi lebih ramai yang telah menolak fitnah pembangkang.


Jadi kepada mereka yang baru kenal proses pilihan raya, anda tidak perlu hairan kenapa BN boleh menang pilihan raya yang lepas dan mungkin kali ini kerana BN mempunyai kekuatan dari segi blok pengundi dan jentera parti. Pembangkang pula tidak mempunyai kekuatan tersebut tetapi cukup kuat untuk menghasut dan memperdaya pengundi dengan pembohongan-pembohongan seperti mana yang mereka lakukan pada PRU yang lepas. Kerana itu juga taktik kempen pembangkang adalah dengan menganjurkan ceramah-ceramah berskala besar untuk mudah menyampaikan hasutan mereka.

Masing-masing dengan taktik dan strategi tersendiri. Adakah parti dengan keahlian yang tinggi akan kekal memerintah atau gabungan parti yang hanya menjual air liur dan menghasut tanpa ahli yang ramai akan menang? Sama-sama kita nantikan.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :