MAJLIS RAJA: APA YANG PAK KADIR CUBA SAMPAIKAN???

Agak menghairankan juga apabila Ketua Media dan Komunikasi Majlis Punahsihat Rejim Pakatan Haprak ni bersuara mempertikaikan mengenai kedudukan Institusi Majlis Raja - Raja Melayu.


Apa tujuan dia yang sebenarnya? Apa yang cuba nak dibangkitkan? Apa yang menjadi bahan pertikaian yang hendak dihidangkan kepada rakyat secara umum? Itu diantara perkara yang menjadi persoalannya.


Adakah Pak Kadir ni juga setuju nak menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Republik dengan menghapuskan Institusi Raja - Raja Melayu seperti yang dituntut oleh puak DAPigs selama ini?


Apa yang jelas, tindakan yang dilakukan itu menunjukkan seolah - olah ada usaha dari pihak tertentu yang mahu mewujudkan rasa kurang yakin rakyat terhadap Institusi Raja - Raja Melayu.


Hakikatnya, kenyataan Pak Kadir itu hanya sekadar merupakan kesinambungan kepada kenyataan media yang dibuat dengan penuh rasa emosi oleh Ketua Pengarah SPRM sebelum ini.


Walhal, isu berkaitan dengan siasatan 1MDB yang didakwa tidak dipedulikan oleh Majlis Raja - Raja Melayu itu telah dijawab secara terbuka dan ianya sudah diketahui secara umum.


Maka, untuk apa lagi Pak Kadir ni nak membangkitkan semula isu tersebut dan seolah - olah cuba mendesak agar Rejim Pakatan hari ini mengkaji semula kedudukan Institusi Raja - Raja Melayu?


Biar apa pun niat Si Kadir ni, hanya dia sahaja yang tahu. Tetapi satu perkara yang perlu dia ingat ialah pepatah orang Melayu, "Sarang Tebuan Jangan Dijolok, Takut Binasa Badan Sendiri". Bila dah kena sengat nanti, jangan nak salahkan orang lain pulak!!!

Subscribe to receive free email updates: