Dah macam - macam FITNAH kita dengar dari mulut puak Pakatan Haprak, terutamanya dari pemimpin PKR berhubung isu pemecatan Si Khalid Ibrahim sebagai ahli parti tersebut sebelum ini.
Ada yang mendakwa Si Khalid Ibrahim tu dipecat kerana enggan menyerahkan tampuk pemerintahan Selangor kepada Wan Azizah. Maka dia dipecat kerana tidak memberi laluan kepada Presiden.
Kemudian ada juga yang mendakwa Si Khalid Ibrahim itu dipecat sebab dia nak melaksanakan lebuhraya bertol. Tapi bila Khalid dipecat pun, Rejim Pakatan Selangor tetap menjalankan projek tu juga.
Tak kuran juga fitnah yang dilemparkan terhadap Khalid Ibrahim kononnya bekas Menteri Besar Selangor itu cuba berkompromi dalam isu pengambil-alihan pengurusan air di Selangor.
Tapi, dalam pendedahan terbaru yang dibuat oleh Khalid Ibrahim sendiri, dia menyatakan bahawa dia telah dipecat kerana enggan mengambil duit rakyat untuk kegunaan Politik partinya sendiri.
Soalnya, adakah pendedahan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim itu benar? Jika tidak, adakah PKR akan mengambil tindakan terhadap bekas Menteri Besar Selangor itu kerana membuat dakwaan yang bukan - bukan?