![]() |
Bakal Perdana Menteri Datuk SeriAnwar Ibrahim di jemput mengadap oleh Sultan Johor setelah belaiu diberi pengampunan |
Rakyat memahami penjelasan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad atas kuasa Raja-Raja yang "Dalam ruang lingkup dan kuasa berlandaskan Perlembagaan."
Penjelasan ini dibuat oleh beliau bagi menjawab kenyataan Ketua SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdul yang kecewa kerana Raja- Raja tidak bertindak diatas aduannya mengenai PM Najib menyelewengkan wang negara.
Rakyat sedar adanya kebimbangan Majlis Raja-Raja Melayu atas isu IMDB yang jika tidak ditangani dengan bijak berpontensi menjejaskan ekonomi negara tetapi kuasa raja terbatas kerana terpaksa bertindak dalam ruang lingkup dan kuasa berlandaskan Perlembagaan.
Dalam pada itu rakyat melihat ketidakbijaksanaan berlaku apabila seorang dua raja memihak kepada Datuk Seri Najib dalam percaturan politik rakyat walaupun beliau telah tidak lagi disenangi oleh rakyat.Bukankah Ini di luar ruang lingkup Perlembagaan?.
Hal ini terpancar jelas sekali bila raja turut membanggakan keturunan Bugis yang ditafsirkan oleh rakyat sebagai memberikan sokongan politik kepada Najib sehingga Tun Mahathir memulangkan anugerahnya kepada Istana.
Menambahkan lagi kemarahan rakyat ketika Raja-Raja hendak menenangkan perasaan rakyat bila Tunku Mahkota Johor TMJ menuduh seorang yang lidah bercabang pernah mahu merampas kuasa raja dengan pindaan perlembagaan.
Walaupun tidak menyebutkan nama Tun Mahathir tetapi rakyat tahu ditujukan kepada Tun Mahathir kerana Tun lah yang bertanggungjawab dalam tindakan ini dan lebih jelas lagi bila TMJ menegaskan "Negeri Johor tidak akan dapat melupakan seorang yang cuba apa sahaja termasuk mengharamkan Johor Malitary Force untuk membolot kuasa negara."
Tujuan Mahathir sebenarnya adalah untuk memelihara keselamatan rakyat dan menjamin kedaulatan raja berasaskan peristiwa buruk yang berlaku ke atas seorang rakyat di Istana Bukit Serene lebih 20 tahun dahulu tetapi anak raja telah cuba memutarbelitkannya sebagai Mahathir hendak membolot kuasa negara.
Rakyat marah kepada kenyataan ini kerana ketika itu mereka melihat Tun Mahathir sebagai pejuang rakyat yang berani dan terus terang menyerang Najib sebagai pencuri wang negara yang tentunya berasaskan kepada bukti-bukti kukuh yang telah beliau dapat.
Campurtangan Istana dalam urusan politik dan pentadbiran yang menentukan perlantikan-perlantikan tertentu menyebabkan Menteri Besar dilihat sebagai Robot yang pada akhirnya menyebabkan rakyat merasakan mereka telah kehilangan kuasa
Maka itulah juga sebabnya perlantikan Menteri Besar Johor yang baru telah menimbulkan kecurigaan penyokong Pakatan Harapan kerana tidak berlaku pada orang yang mereka harapkan dapat membawa dinamisme ke negeri Johor. Tweet saya yang menyatakan ini sebagai kesilapan Muhyiddin kerana MB yang baru takkan berani betulkan kesilapan besar yang menyebabkan UMNO diruntuhkan di Johor telah dikunjungi hampir 30,000
Rakyat memahami peranan raja-raja dalam ruang lingkup berlandaskan Perlembagaan tetapi rakyat tidak memahami bagaimana tidak ada pengertian bersama untuk berada di atas landasan tidak mencampuri urusan politik negara yang menampakan raja memihak kepada sesuatu parti yang boleh melebarkan perpecahan rakyat .
Perasaan rakyat yang terpendam telah terdedah apabila mereka memberi reaksi sambutan hangat kepada kenyataan Ketua Suruhanjaya SPRM,Datuk Seri Mohd Sukri atas kekecewaannya dengan sikap raja-raja yang tidak bertindak atas maklumat benar yang diberikannya.
Mungkin Majlis Raja-Raja juga berada dalam keadaan tergamam untuk bertindak kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini seorang Perdana Menteri mencuri wang negara berbillion.
Tun Mahathir telah mengambil langkah popular apabila meminda Perlembagaan untuk mempastikan raja-raja berada di landasan Perlembagaan dan Timbalan Perdana Menteri Ghafar Baba dalam ucapannya mengemukakan usul pindaan itu di Parlimen Malaysia pada 10 Disember 1992 telah mengingatkan " Raja Adil Raja disembah,Raja Zalim Raja disanggah"
Tun Mahathir harus memikirkan semula bagaimana untuk memantapkan lagi penghormatan terhadap Pindaan Perlembagaan yang memperjelaskan kuasa rakyat dan Raja supaya tidak dihormati hanya pada ketika beliau berkuasa tetapi dikutuk setelah baliau tidak lagi berkuasa.
Rakyat telah merasakan kuasa mereka tidak lagi dihormati bila Tun Mahathir hilang kuasa.
Rakyat mahu dipastikan pindaan Perelmabagaan itu dimantapkan semula dan dihormati sehingga kebeberapa keturunan Raja Raja lagi dan tidak dilupakan bila sampai hanya keperingkat cucu.
Rakyat telah merasakan kuasa mereka tidak lagi dihormati bila Tun Mahathir hilang kuasa.
Rakyat mahu dipastikan pindaan Perelmabagaan itu dimantapkan semula dan dihormati sehingga kebeberapa keturunan Raja Raja lagi dan tidak dilupakan bila sampai hanya keperingkat cucu.
Hanya dengan itu Raja Raja tidak lagi akan mencampuri urusan politik rakyat dan Raja-Raja akan semakin dihormati.Raja-Raja juga harus mengambil iktibar dari kebencian rakyat melihat kehidupan mewah Najib dan isterinya Rosmah .
Rakyat telah pun terluka perasaan kerana Raja- Raja terlihat tidak sekata seperti dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada rakyat berhubung dengan penyalahgunaan wang negara oleh Perdana Menteri.
Rakyat masih berada dalam kengerian memikirkan apakah yang akan berlaku kepada merek dan negara ini sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak berjaya digulingkan dan terus mendapat dukongan Raja-Raja.
Bersukur kepada Allah Subhanahuwataala kerana negara ini senantiasa berada di bawah perlindunganNYA
Rakyat masih berada dalam kengerian memikirkan apakah yang akan berlaku kepada merek dan negara ini sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak berjaya digulingkan dan terus mendapat dukongan Raja-Raja.
Bersukur kepada Allah Subhanahuwataala kerana negara ini senantiasa berada di bawah perlindunganNYA