TSUNAMI AKAN DAPAT DIKETAHUI DARI AWAL PAGI.

Samaada akan berlaku Tsunami atau tidak akan dapat diketahui dari awal pagi esuk berasaskan aliran orang  keluar mengundi.Penyokong-penyokong parti pembangkang yang tidak sabar lagi menunggu hari pilhanraya tentunya  keluar mengundi  awal berbanding penyokong-penyokong BN yang tidak ambil kisah yang  akan keluar mengikut keselesaaan waktu masing-masing.Semangat mereka tidak tinggi dan  tidak komited.

Bagaimanapun penyokong pembangkang mempunyai misi bersama untuk menjatuhkan kerajaan BN yang telah lama berkuasa dan mahu mencetuskan revolusi sosial.Mereka yang berada di luar kawasantelah  pun pulang ke kampung atau ke tempat mengundi masing-masing sejak beberapa hari lalu dan tentunya tidak sabar untuk menjalankan hukuman.

Tidak pernah sebelum ini rakyat berbagai peringkat dan kaum  menunjukan komitmen kepada pilihanraya.Malah apabila kerajaan menetapkan hari pilihanraya pada hari kerja mereka meanggap kerajaan hendak menapikan hak mereka untuk mengundi .

Perbincangan politik mengenai pilihanraya ke 14 semakin rancak menerusi media sosial menjadi  semakin hangat dan menarik sehingga menjelang hari membuang undi.

Pengundi  akan menterjemahkan semangat dan komitment merea yang tinggi ini dengan tindakan serentak dengan kesepakatan keluar mengundi seawal-awalnya yang akan berlaku esuk pagi tanpa diatur. Rakyat akan menunjukan komitment yang paling bersejarah kepada negara melampaui perasaan perkauman tetapi sebaga taggungjawab untuk mencetuskan revolusi sosial bagi mnebgubah corak politik Malaysia. .

Jika lebat turun esuk pagi maka ini boleh dijadikan tanda atau ukuran bahawa Barisan Nasinal akan mengalami kekalahan teruk sekalpin mungkin tidak tersungkur.

Menurut berita-berita akhbar hariini keputuan pertama bagi kerusi parlimen dijangka diketahui mulai jam 8 malam  alamat buruk kepada Barisan Nasional akan dapat dibaca mulai jam 8 pagi.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :