UTUSAN BERGOLAK PENGARAH URUSAN DIDESAK BERHENTI DAN JABATAN PENGARANG DIROMBAK

Pengarah Urusan Utusan Melayu Datuk Noordin Abbas

Syarikat Kumpulan Utusan Melayu sedang bergolak dengan tuntutan kakitangannya supaya  Pengarah Urusan Utusan Melayu Datuk Noordin Abbas  berhenti segera dan Jabatan Pengarang Utusan Melayu disusun semula kerana dasarnya yang membawa kepada kajatuhan pasaran Utusan dan kemerosotan perniagaannya

Desakan ini dibuat secara terbuka dihadapan Nordin yang memanggil pertemuan dengan semua kakitangan dengan tujuan untuk memberikan jaminan bahawa UMNO akan terus memberikan perhatian kepada nasib mereka  dan juga kedudukan kewangan tetapi beberapa orang yang bercakap mewakili  kakitangan telah menolak jaminan itu.

Mereka mendakwa  Noordin tidak dapat menunaikan berbagai janjinya sejak beliau menjadi Pengarah Urusan  Utusan Melayu sebaliknya gaji kakitangan Utusan terus terpaksa bergantung dari bantuan luar dan tidak boleh berdiri atas kaki sendiri.

Disamping itu beberapa orang dari  Jabatan Pengarang   menudoh seorang dua editor  berlagak sebagai Napoleons kecil menjalankan dasar Utusan Melayu tanpa etika kewartawanan yang menjatuhkan maruah  dan kehormatan Utusan sehingga dibenci oleh orang ramai.

Pertemuan itu yang diadaan pada 16 Mei(Rabu lalu) dihadhiri oleh sebahagian besar petugas Utusan dari semua bahagian dari Bangi dan juga di Jalan Chan Sow Lin. 
.
Dua orang anggota Jabatan Pengarang  Mustafa Kamal dan Ramli Karim memberitahu  Noordin  bahawa dia mungkin berjaya merayu sana sini untuk mendapat bantuan kewangan kepada syarikat i tetapi gagal menterjemahkan janji2nya untuk membawa perniagaan baharu kepada Utusan yg kekal bergantung hanya kepada perniagaan akhbar dan majalah.

Banyak cadangan untuk terlibat dalam perniagaan seperti  perumahan, IT dan komputer, serta pengiklanan luaran gagal menghasilkan pendapatan baharu yang  diperlukan oleh syarikat bagi mempelbagaikan perolehan Kumpulan Utusan.

Ketika diajukan  soalan pertukaran dan perubahan editorial, Noordin hanya berkata, dia akan berbincang dengan Ketua Pengarang Kumpulan yg diketahui sudah menyatakan kesediaan untuk  melepaskan jawatan tetapi tidak memberikan  tempoh masa.Ini adalah sama seperti juga janjinya beberapa kali di masa lalu..

Jawapan tersebut mendukacitakan banyak wartawan yang tidak yakin pimpinan Jabatan Pengarang Utusan Melayu sekarang  dapat menyesuaikan diri dengan cita rasa pembaca yang tidak menyenangi dasar -dasar Utusan di era Najib sebaliknya mereka akan meneruskan dasar yang sama  yang  menyebabkan UMNO runtuh.t

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :