Apakah ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang masih berminat untuk bertanding bagi merebut jawatan dari peringkat cawangan ke bahagian dan seterusnya ke Majlis Kerja Tertingginya setelah ketiadaan incentive yang bersifat material,wang,pangkat darjat,kedudukan dan kekayaan.
Falsafah dan nilai cash is king ini telah membudayakan UMNO sehingga memberi rasuah ,menerima rasuah dan penyalahgunakan kuasa dianggap sebagai amalan biasa di dalam parti dan juga dipentas terbuka politik.
Puncaknya pada PRU ke 14 yang melihat perbuatan itu berlaku secara rampant tanpa menghormati pihak berkuasa dengan sogokan wang kepada pengundi diatas pentas yang dibuat konklusi oleh rakyat kejadian ini berlaku kerana dirastui pemimpin tertinggi.
Rasuah telah diterima sebagai keharusan oleh kerana ramai pemimpin-pemimpin politik UMNO atau orang-orang kuat yang berada dalam badan berkanun atau pun menteri telah terlepas dari hukuman mahkamah,dari peniaga lembu hingga kepada penjual keringat peneroka Felda.
Samseng-samseng UMNO terang-terangan menjadi pengutip cukai tak berlesen bagi kemudahan mendapat projek berjuta ringgit atau bagi melepaskan diri dari kes rasuah dan jenayah atau bagi membantu menjatuhkan sesaorang dari kedudukannya yang mulia dan dihormati kerana menjadi penghalang kepada perluasan kuasa pemimpin tertentu (Ini berlaku kepada Dr.Zeiti Akhtar Aziz Gabenor Bank Negara)
Tetapi apabila rakyat membuat hukuman atas kebencian melihat segala kemungkaran maka runtuhlah empire kewangan yang berasaskan nilai cash is king yang menjadi kiblat Datuk Seri Najib dan isterinya Rosmah.
Nilai ini telah menjadi hambatan kepada seluruh ahli UMNO sehingga mereka yang dekat dengan kuasa sanggup mendiamkan diri dan bersubhat. Hanya sesudah dihukum oleh rakyat maka barulah masing-masing besuara menyatakan kekesalan kerana mendiamkan diri walaupun mereka sedar kesilapan besar pemimpin utama malah ada yang menyatakan kesal tidak ikuti langkah Tan Sri Muhiyiddin.
Terbukti kepada rakyat bahawa mereka adalah pemimpin-pemimpin UMNO yang lebih mementingkan kedudukan dan kepentingan diri dan tidak mengutamakan kepentingan rakyat.Tidak ada seorang pun pemimpin UMNO samada yang menang atau yang kalah boleh dianggap sebagai bersih dari dosa yang dilakukan oleh Najib yang menyebabkan UMNO runtuh.
Semua mereka yang masih berhasrat untuk kekal sebagai pemimpin tertinggi UMNO adalah berada dalam keyakinan mereka akan diterima lagi oleh perwakilan ahli-ahli UMNO.Mereka membezakan penolakan rakyat dengan penerimaan ahli-ahi UMNO .Mereka tidak sedar ahli UMNO yang menyokong mereka adalah kerana wang dan bukan atas komitment kepada UMNO.
Apakah money politic akan berlaku lagi untuk merebut jawatan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan juga persaingan di peringkat bahagian dan cawangan? Adakah mereka yang bertanding sanggup untuk mencurahkan wang bagi masa depan yang tidak pasti kerana parti tidak lagi berkuasa yang dapat menjanjikan sesuatu.Masih adakah peluang untuk menjadi wakil rakyat,parlimen atau negeri kerana kedudukan tertinggi dalam UMNO?
Menjadi Ketua Bahagian bagi sebuah parti yang tidak lagi berkuasa tidak mungkin mendapat keutamaan bagi sesuatu projek di peringakt daerah atau negeri dan menjadi ketua cawangan UMNO sudah tidak ada lagi peluang bagi menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung
Maka untuk apa lagi berjuang mencari kedudukan bagi sebuah parti yang tidak lagi memberikan peluag dari segi kewangan dan berbagai habuan.
Apakah akan ada pemimpin-pemimpin UMNO yang sanggup membiayai bas percuma,hotel dan makan minum dan sebagainya kepada bagi perwakilan menghadiri perhimpunan agung UMNO?
Adakah Dr.Ahmad Zahid Hamidi atau Khairy Jamaluddin sanggup membelanjakan wang simpanan mereka berjuta ringgit bagi penanaman modal untuk memenangi jawatan tertinggi dalam UMNO yang tidak lagi menjamin dapat jadi menteri?
Apakah ahli-ahli UMNO akan pulih keyakinan mereka kepada UMNO dengan penggantian pemimpin-pemimpin lama yang juga telah bersubahat dengan keyakinan Cash is King.?
Yang akan bertanding tentunya ramai yang terdiri dari mereka yang tidak berpegang kepada nilai moral yang baik jika tidak masakan mereka hanya merasa kesal kemudian kerana tidak menyertai Tan Sri Muhyiddin dalam memberitahu Najib akan kesilapannya.
Apa akan terjadi kepada negara sekiranya Najib menang PRU 14 diatas pembohongan dan penipuan untuk membayar hutang 1MDB? Mereka yang berada disekelilingnya akan meneruskan sikap yang sama dengan bersekongkong untuk menutup pekong sehingga negara muflis dan musnah.
Inilah jenis pemimpin pemimpin UMNO yang akan kembali untuk berhadapan dengan perwakilan UMNO bagi mendapatkan mandat baruatau dipilih semula.
Trajidi yang berlaku keatas UMNO ini harus menyedarkan seluruh ahi UMNO dan juga rakyat bahawa UMNO bukanlah lagi parti yang berideolgi. Nasionalisme telah mati dalam UMNO, tiada lagi pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahli yang sanggup kerkorban apa sahaja untuk UMNO.
Nasionalisme Malaysia telah berpindah kepada Pakatan Harapan yang terbukti dengan sokongan himpunan ribuan rakyat tanpa upahan wang dan penyediaan bas untuk datang. Najib sendiri tidak percaya sehinggalah satu demi satu kepingan runtuhan tercampak dihadapannya.
Keruntuhan ini akan terus berlaku kerana UMNO bukan lagi King Of Money yang dapat menghidupkan kembali semangat kepartian kerana aliran kewangan kepadanya akan terbantut.Siapakah lagi yang mahu memberikan wang kepada parti yang tidak dapat memberi balik dengan wang?
Peruntukan wang kepada bahagian-bahagian UMNO telah pun dihentikan,pejabat-pejabat UMNO di beberapa bahagian akan terpaksa ditutup dan perkerjanya akan terpaksa diberhentikan.Ahli-ahli UMNO akan lari tetapi BERSATU mesti berhati-hati untuk menerima mereka kerana kemenangan BERSATU bukan kerana ahi tetapi kerana sokongan rakyat yang menyeluruh.Biar ahli kecil tetapi sokongan umum besar.
Masa depan UMNO adalah gelap kecuali jika ada pemimpin UMNO yang mempunyai simpanan beratus juta ringgit sanggup berkorban untuk UMNO bagi masa depan yang tidak pasti.