BUKAN MAHATHIR TETAPI RAKYAT AKAN TENTUKAN KELAYAKAN ANWAR UNTUK JADI PERDANA MENTERI

  1. Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahathir Mohammad  telah mengulangi jaminan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahimlah yang akan menggantikannya sebagai Perdana Menteri bila beliau bersara kelak tetapi belum pasti   beliau akan berhenti dalam masa dua tahun jika  masih ada kerja yang perlu diselesaikannya bagi mengembalikan negara ini kepada kemakmuran dan kestabilan terutamanya bagi kemantapan ekonomi.
  2. Jaminan ini melegakan majoriti  rakyat tetapi tentu tidak menyenangkan Anwar yang tidak terjamin akan jadi PM dalam masa dua tahun lagi .Ketidakpastian seperti inilah yang mendorongkan Anwar untuk membangkitkan gerakan dari dalam bagi menggulingkan Ghafar Baba dan menjatuhkan Mahathir sebagai Perdana Menteri  yang memecah belahkan UMNO.
  3. Apabila Mahathir menampakkan kelonggaran tentang tarikh  bersaranya, tentunya Anwar dan juga  penyokong-penyokongnya mengingatkan  pengalaman masa lalu tetapi apa yang harus diingatkan oleh Mahathir sendiri  pada kali ini  ialah beliau sendiri  tidak boleh mempastikan Anwar yang akan menggantikannya  sebaliknya bergantung kapada rakyat yang akan memberikan pertimbangan samaada Anwar masih layak atau relevan  untuk menjadi Perdana Menteri.
Penentuan ini  adalah bergantung kepada konsensus parti-parti Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat, DAP,  Parti Amanah dan Bersatu sendiri. Lim Kit Siang tidak memikirkan kemungkinan akan berlaku lagi sengketa perebutan kuasa antara Mahathir  Anwar kerana menurut beliau  keduanya telah belajar dari pengalaman.

Katanya Mahathir bukan lagi Mahathir 22 tahun dahulu tetapi Mahathir yang bertukar dari  berpegang kepada kuasa penuh kepada seorang yang bergantung  kepada  persetujuan bersama-"He has transformed from hegemon to  cosensus builder"( Interviu Kit Siang dengan Malaysian Insight)

Harus diingatkan kemenangan Pakatan Harapan bukan kerana undi ahli parti  sahaja tetapi yang lebih besar datang dari perpaduan undi sentimen rakyat  anti Najib yang melampaui batas parti,kaum dan agama.

Mahathir  mungkin berubah tetapi adakah Anwar berubah dan belajar dari pengalaman.Kit Siang juga tidak menjelaskan apakah perubahan Anwar,

 Kepada umum Anwar tidak nampak berubah dan kerana itu beliau tidak terlihat sebagai relevan dengan citarasa  semasa terutama dalam membantah kritikan Kadir Jasin  terhadap Istana. Ini mungkin kerana beliau tidak dekat dengan perkembangan semasa dan tidak mendapat maklumat terkini dengan segera dan jauh dari pergaulan politik  sekian lama kerana berada dalam penjara.

Maka itu tidak hairanlah kalau ketagihan politiknya nampak jelas  seperti tidak sabar mahu berada di tengah gelanggang dan mahu mencampuri urusan pembentukan kerajaan dan sebagainya. 

Beliau mungkin tidak menyedari hal ini tetapi  dapat diciumi dan dilihat oleh  pemerhati-pemerhati  politik dan juga wartawan-wartawan  di dalam dan luar negara. (termasuk Kadar Jasin).  Akhbar Strait Times  Singapura umpamanya mendakwa perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Ekonomi  adalah untuk mencairkan pengaruh Anwar disamping mengawasinya  dari dalam.

Pandangan serong orang ramai terhadap Anwar  bermula bila  orang kuatnya , Rafizi dengan berani mempersoalkan  perlantikan Kabinet  Mahathir yang didakwanya  tanpa berunding dengan PKR yang dibuat dalam keadaan Mahathir baru sahaja hendak meyakinkan rakyat terhadap kerajaan barunya.  Ini  menimbulkan kemarahan rakyat dan  menyebabkan Tun Daim mengingatkan Anwar  bahawa  pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan kerana sumbangan Dr.Mahathir  setelah gagal di masa lalu.

Rakyat merasa Anwar berada dibelakang teguran ini.


Semakin jelas menampakkan ketidak sabarannya bila baru-baru ini beliau mengumumkan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil  Parlimen lebih awal dari yang dijangkakan oleh orang ramai.

Langkahnya mengadap raja-raja juga  mengejutkan  umum dan diluar jangkaan  para wartawan yang mengetahui situasi antara Istana dan Mahatir selepas PRU 14.

Beliau mengambil kesempatan untuk menyerang balas teguran wartawan Kadir Jasin dalam pekara ini dengan menggunakan alasan ketidaktertiban Kadir kerana  menegur perbelanjaan besar Istana Negara tetapi sebenarnya beliau tersinggunng kerana Kadir tidak dapat menerima alasannya menemui raja-raja untuk memberikan jaminan terhadap keselamatan dan keselesaan mereka yang dilihat oleh Kadir sebagai tidak perlu.

Dari pengalaman saya dan lain-lain wartawan, Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri  tidak mempunyai toleransi terhadap kritikan  media dan orang-orang media yang tidak sependapat dengannya. Beliau mempunyai team wartawannya sendiri yang terbentuk dari akhbar dan TV3.

Sikapnya dimasa lalu  adalah bertentangan sama sekali dengan berita utama muka 1 akhbar Sunday Star hari ini  yang memaparkan Anwar  memberi jaminan kepada media dan rakyat  tidak akan menyekat kebebasan mereka untuk  bersuara dan sanggup menerima perbezaan pendapat.Tajuk berita itu GO AHEAD AND CRITICIE

Katanya adalah penting untuk tidak kembali kepada masa lalu yang mengancam mereka yang memberikan pandangan yang berbeza.

Dalam hal ini adakah beliau mengingatkan dirinya sendiri atau menampakkan dirinya berada dalam denial syndrome kepada wartawan-wartawan yang rapat dengannya atau yang bekerja di zamannya. Tentunya Kadir Jasin ketawa besar membaca berita ini.


Di bawah ini saya perturunkan sebahagian sahaja dari komen-komen kepada posting saya terdahulu yang bertajuk :Wartawan bimbang terhadap toleransi bakal PM kepada suara bebas. Kebanyakannya tidak bersetuju untuk Anwar menjadi PM tetapi saya harap ini akan membuka fikiran saudara Anwar untuk sesuaikan diri dengan kehendak semasa.



  1. Balik balik nak jumpa al gore, erdogan. Tak nak jumpa gandalf dan harry porter kaa? Lord jedi?

    Come on anwar, your audience are no longer budak2 U kampong macam tahun 70an dulu. Your audience are mostly educated, urbane middle class melayu yang nak dengar substance yang logical untuk masa depan anak cucu. The chinese and borneons couldnt care less about you.

    Nobody cares bila kau nak masuk parlimen, sapa kau nak jumpa, puisi apa kau dah baca. Your intellectual capacity is being judged by the results of your ideas and actions...bukan decibel level of your noise.
    ReplyDelete
  2. Dsai nampaknya masih tidak berubah .Masih tipikal umno..saya tidak nampak keikhlasannya Untuk berubah. Masih memainkan isu isu lapok kononnya dia adalah pejuang agama, bangsa dan negara. Mohon Allah tidak makbulkan hasratnya untuk menjadi pm kerana apa yg saya nampak tidak tanduknya hanyalah untuk memperjuangkan nasib dirinya.. Malang sungguh tun m terpaksa mengotakan janjinya mengambil dsai yg saya tidak nampak ketokohannya sebagai pm.. Bimbang MO1 muncul kembali
    ReplyDelete
  3. Rakyat Malaysia hari ini perlu sedar akan kualiti kepimpinan apa yang ada pada individu yang bernama Anwar ini?Terutama sekali para bijak pandai yang berada di dalam parti PKR sendiri.Dalam pepatah Melayu ada peribahasa berbunyi 'batu api'.Inilah kepimpinan yang dibawanya.Pemimpin jenis ini akan sentiasa menimbulkan ketegangan,persengketaan,permusuhan,dan perpecahan.Kerana apa?Kerana,hanya dengan cara ini sahaja dia akan dilihat ada kerja atau tugas 'penting' yang 'wajib diperjuangkan kononnya.Orang jenis 'batu api' ini senantiasa ada banyak cara untuk mereka cipta masalah.Daripada perkara kecil,mahu pun perkara yang tidak ada,dia boleh perbesarkan.Ini semua dilakukannya demi untuk melindungi kekurangan dan kelemahannya dalam mentadbir.Malanglah bagi sebuah negara,sekiranya rakyat daripada peringkat bawahan sehinggalah kepada golongan istana gagal nampak akan kelemahan yang ada pada pemimpin jenis ini.Negara sentiasa adalah lebih penting daripada nafsu seseorang yang kita semua sudah tahu akan kebolehannya.Ini soal negara yang sangat penting bagi seluruh rakyat Malaysia,yang telah sama-sama bersatu hati dalam merubah pengurusan negara pada 9 Mei,2018 yang lalu.Sia-sia sahaja pengorbanan dan usaha rakyat,sekiranya seseorang yang tiada kualiti kepimpinan diangkat sebagai 'penyelamat' kononnya.Pembebasan beliau dikira sudah cukup baik,apatah lagi bila isteri diberi jawatan TPM.Ini sudah satu kejayaan sebenarnya.Jangan rosakkan perjuangan rakyat.Hentikan kepura-puraan ini.Sekiranya dibiarkan,maka ianya adalah satu tragedi kepada Malaysia.

    24 Ramadan,1439.
    ReplyDelete
  4. Anwar kata dia cuba nak tenangkan perasaan curiga dan ketegangan antara raja2 dengan kerajaan PH. Tapi bila semuanya selesai dia pulak yg kritik AKJ. Dengan itu dia sebenarnya memanjangkan lagi isu ini.

    Sebaliknya kenyataan TDM lebeh berhemah dan bijak. Dia kata dia tidak menolak raja2. Kalau raja2 melakukan kesalahan tindakan akan diambil bukan untuk menghukum tapi untuk menyelamatkan mereka. Cukup bijak kenyataan ini. Bukan nak hukum tapi nak selamatkan. Rakyat sokong dan raja tak leh pertikai.

    TDM juga ada membangkitkan isu raja2 yg menceburi perniagaan. Walaupun ini tak dilarang olih perlembagaan, tapi ia juga tidak menyenangkan rakyat. Macam mana nak menang kontrak lawan dengan raja. Rakyat yg rugi.

    Zaman raja2 ditaati membuta tuli sudah berlalu. Pru14 menunjukkan orang melayu sudah berani menghukum umno kerana sudah teruk dikhianati. Tidak mustahil orang melayu bertindak serupa terhadap raja2 kalau mereka dikhianati macam umno. Di zaman malaysia baru ini bukan saja rakyat perlu transformasi, tapi raja2 perlu mentransformasi diri mereka sendiri. Perkara2 yg mereka lakukan yg tidak disukai rakyat walaupun dibenarkan perlembagaan mestilah di hentikan. Ini menguntungkan diri mereka sendiri. Ini sebaiknya dilakukan mereka sendiri tanpa menunggu kerajaan atau rakyat yg memaks




    • Tsz. Dulu saya sukakan Anwar Ibrahim. Tetapi sejak akhir2 ini saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Tindak tanduknya selepas keluar dari penjara nampak menjurus kebimbangan apa akan berlaku sekiranya beliau menggantikan Tun M sebagai Perdana Menteri. 
    • Serangan terhadap A.Kadir Jasin kerana peruntukan Istana Negara yang besar jumlahnya dan pertemuan dengan Raja-Raja Melayu, dua (sebagai contoh) perkara sangat mencurigakan. Sepatutnya, buat sementara waktu ini Anwar sebaiknya "low profile" dan biarkan Kerajaan Ph menerajui Negara mengikut acuan Tun M@Team. Anwar tidaklah perlu campurtangan yang mana akibatnya nanti akan jadi "too many cooks spoil the broth". Ada baiknya sekiranya Anwar pergi ke luar Negara samada bercuti rehat setelah sekian lama dalam penjara atau memenuhi undangan berceramah di universiti2 antarabangsa atau bertemu dengan rakan2 karib termasuk Presiden Turki Tayyib Erdogan dan bekas Naib Presiden Amerika Ke-45 Al Gore. Dengan cara begitu, adalah lebih baik daripada mengganggu gugat sedikit sebanyak pentadbiran Tun M@Team yang kini (cukup sebulan) sudah nampak menuju ke arah kecemerlangan yang pastinya akan direstui oleh sebahagian besar Rakyat Malaysia kecuali puak2 yang tegar menyokong Umno dan Pas
    • Anonymous9 June 2018 at 20:07
    1.  Saya jarang memberi komen di blog Zamkata tapi dalam permerhatian saya terhadap DSAI sejak dahulu hinggalah sekarang dia masih berada di dalam kepompong fahaman radikal yg tidak lagi relevan di zaman ICT nie. Kebebasan bersuara tidak tertakluk hanya kepada kita tetapi juga kepada pandangan org lain terhadap kita, sekeliling kita malah merangkumi semua. Sesiapa saja berhak mengkritik tapi fakta2 kena la betul. Tulisan yg dianggap propaganda pada saudara mungkin dianggap berasas pada org lain kerana apa yg Kadir Jasin nukilkan sebagai wartawan tidak sepatutnya dikeruhkan oleh DSAI tetapi dibalas fakta2 apa yg didakwa tidak patut. Zam hanya menekankan kemungkinan2 kebebasan tersekat hasil pemerhatian beliau terhadap DSAI yg jelas sedang berusaha habis-habisan agar pentas politik malaysia masih meletakkan beliau sebagai teraju utama walhal episode bersiri di mana beliau dianggap hero telah lama berlalu. Skrg adalah ibarat cerita yg sama tapi musim yg baru. Yg jelas Nurul Izzah makin beraura dikalangan generasi muda...juga pemimpin2 muda yg lain. TDM masih diperlukan dlm setiap musim kerana tanpa kelibat beliau politik malaysia akan menjadi hambar dan tidak berplot. Ikhlas cakap, sesiapa yg berada dikeliling TDM skrg mmg akan rugi besar tidak belajar drp seseorang yg cuma akan muncul mungkin sekali dalam seratus tahun berbanding dgn pengganti DSAI yg akan muncul berkali2 dgn kepetahan berpidato sebagai halwa telinga dan buaian minda.
  5. Saya setuju dgn pndgan RD tentang kelibat org ini.

    Rafizi kritik dan sindir Tun tentang lantikan menteri baru2 ini... dia ok pula... dgn alasan kebebasan bersuara.
    Selain itu Rafizi menidakan faktor Tun tumbang Umno....dia mcm ok juga.

    Tetapi bila Dato Kadir membuat statement dan bercakap benar tentang Raja2....dia melompat spt kera kena belacan.... marah....hingga dijadikan isu.

    Dato Kadir adalah kawan dlm team sama.....tetapi dia tidak senang....dia marah sebab dia mungkin tngah 'lobby' sesuatu.... maka kawan pun dia terjah.

    Perangai ini serupa mcm ketua2 Umno pula.....tidak boleh tegur atau bersuara...dan dia terang2 bersikap kontradik.

    Tentulah.....sebab ini sikap dia sebenar.
    Warba boleh bertukar2.... harap2 Tun...Muhyiddin....Daim Sabu dan semu dlm PH tetmasuk rakyat sedar awal2 siapa org ini yg mahu jadi PM ke8 kelak.I


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :