CONSTRUCTIVE ENGAGEMENT IMEJ BARU HUBUNGAN KERAJAAN NEGERI PAS DAN PUSAT.




Abang Johari says the meeting was on Dr M's invitation for a belated Harvest Festival celebration.
MALAYSIAKINI.COM
Walaupun Menteri Besar Pas Kelantan Datuk Ahmad Yakob lewat mengadakan  kunjungan hormat kepada  Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir seolah-olah berat untuk menerima realiti kejayaannya menjadi PM bagi kali kedua tetapi Kerajaan Pas Terengganu di bawah pimpinan modenis Islam Dr.Ahmad Shamsuri Mokhtar  telah menunjukan sikap terpelajar  dan bertemandon dengan lebih dahulu mengujungi Tun Mahathir.

Langkah   MB Terengganu dilihat sebagai bijaksana dan berani untuk keluar dari konkongan ideologi keras dan imej tradisi hubungan permusuhan kerajaan PAS dengan Kerajaan Pusat sebaliknya mahu mengutamakan  pembanguan dan kesejahtaeran rakyat.

Dr.Ahmad dengan tegas menyatakan sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai MB bahawa kerajaan barunya akan berbeza dengan kerajaan Pas 1999  kerana telah belajar dari kesilapan lalu dan keadaan juga telah berbeza.

Perseteruan sekian lama  kerana ideology antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pas sewajarnya ditamatkan sejajar dengan semangat Malaysia Baru yang lebih demokratik, lebih terbuka dan lebih adil di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Menteri Besar Kelantan juga berada dalam kesedaran ini bila beliau menyatakan bahawa hubungan itu harus mengutamakan  semangat federalisme.

Jika semangat t federalisme ini dipatuhi secara jujur oleh kduapihak ia akan membawa kepada perkembangan hubungan membina )constructive engagement).Persetujuan Kerajaan PH pimpinan Mahathir untuk menyalurkan terus royalti petroleum kepada kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu adalah menampakan perubahan sikap Mahathir sendiri.

Walaupun sebelum PRU 14 sudah ada  kerjasama antara UMNO dan PAS tetapi lebih didorongkan oleh  kepentingan politik yang tidak dihayati dan dirastui oleh pimpinan bawahan dan akar umbi kedua parti sebaliknya lebih menunjolkan keakraban Hadi Najib.

Hubungan Hadi Najib ini  yang didorongkan oleh kepentingan politik Najib    menyebabkan pandangan serong parti-parti komponen  BN terhadap UMNO yang merosakan asas keyakinan dengan parti-parti kompoen yang terbina sejak zaman Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir tetap sedar kerosakan imej Islam Pas yang dilakukan oleh pimpinan Ulama Pas dan tidak perlu bagi  Pas meneruskan pendekatan agama yang tidak praktikal di negara ini sebaliknya lebih merosakan imej Islam di kalangan bukan Islam.

Lebih banyak kerugian politik kepada  UMNO bila UMNO berkerjasama dengan Pas untuk menyelamatkan Najib bagi  menutop kelemahan pemeritanhannya yang tidak Islamic.

Langkah kerajaan Pas Terenganu dibawah pimpinan Dr.Ahmad   telah menampakan dari awal lagi untuk keluar dari imej Islam yang sempit sebaik sahaja beliau  mengambil aleh kerajaan Teregannu selepas PRU 14..

Sikap  pragmatik dan visinya  jelas apabila  beliau bersama dengan Haji Hadi telah menemui Mahathir selepas PRU 14  atas penerimaan hakikat samaada beliau dibenci atau disukai oleh PAS ,Mahathir  adalah  PM  Malaysia yang tidak sahaja diiktiraf  oleh rakyat Malaysia tetapi mengkagumkan dunia.

Sekali gus  penemuan segera ini menampakan sikap  praktis  kerajaan Pas Terengganu yang baru  mahu keluar dari konkongan ideology yang rhetoric dan beku  sebaliknya lebih mementingkan masa depan rakyat dalam kontek ke Islaman moden  dan semangat  federalisme.

Kerajaan PH di bawah Perdana Menteri lama tetapi era baru sewajarnya keluar dari imej tradisi hubungan perseteruan ideologi sebaliknya memasuki era baru dibawah Malaysia Baru dengan mengutamakan Consructive Engagement dari ideologi yang dalam bentuk politik atau agama telah  terbukti di mana-mana dari zaman berzaman lebih membawa malapetaka  kepada umat  manusia jika hanya berasaskan kepada idealisme dan wahyu dan  tidak diimbangi oleh pragmatisme.

Lankah kerajaan Sabah dan Serawak  yang lebih menunjukkan sikap  untuk  hubungan membina   dengan Kerajaan pusat seharusnya menjadi contoh kepada keajaan Pas Terenganu dan Kelantan.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :