ANAK-ANAK SEKOLAH TAHFIZ DIEXPLOITASI JADI PEMINTA SEDEKAH CEMARKAN MARUAH ISLAM

Langkah segera mestilah diambil bagi mencegah murid-murid sekolah tahfiz di exploitasi menjadi peminta sedekah oleh pihak berkuasa sekolah untuk menjalankan kutipan derma bagi pembiayaan pengurusan dan kemajuan  sekolah mereka.

Disebalik kenyataan Menteri Agama Dr. Mujahid Yusuf Rawa kunonnya sekolah-sekolah ini Telah di kawal selia, kita boleh melihat anak-anak tahfiz   berada di hadapan pintu- pintu bank,di pasar-pasar, di kedai-kedai mamak dan ditempat-tempat umum dengan membawa risalah-risalah mengenai sekolah mereka yang memerlukan bantuan atau untuk pembinaan sekolah baru tahfiz.

Kenapa tidak  meminta sahaja  dari pejabat zakat?

Tidakah ini mencemarkan imej Islam sebagai agama rasmi negara?

Kenaapa ini tidak berlaku di kalangan masyarakat Cina di negara ini?

Kenyataan beberapa orang yang mempertahankan sekolah tahfiz,kunonya  telah diberikan nilai baru,tidak seperti dahulu lagi  dan ramai  lepasan  tahfiz yang boleh masuk ke pelbagai bidang  adalah kenyataan yang tidak mengetahui situasi sebenar,kenyataan yang membohongi diri sendiri,bersifat umum dan serkap jarang.Sebuah dua sekolah berubah dan berjaya  bukan menjadi suatu aliran umum untuk dibanggakan atau berupaya  menutup kelemahan. Ia hanya merupakan setitik nila dalam susu sebelanga.

Sebagai wartawan saya boleh mendakwa saya tahu hal sebenar dan bukan pegawai-pegawai Yadim yang tidak berada di lapangan tetapi diawangan kerana tidak menjalankan tangungjawab sepenuhnya.

Realitinya selepas berlaku berbagai trajidi sekolah tahfiz,tidak ada langkah kongkrit yang telah diambil bagi memantapkan  sekolah-sekolah tahfiz dengan penilaian displin ilmu  dan keselamatan sebagai sekolah berasaskan nilai sekolah yg ditetapkan oleh kerajaan sebaliknya masih berperaturan pondok.
Uniform mereka sudah cukup membayangkan permulaan penutupan minda yang tidak selari dengan imej aliran perdana,tiada keterbukaan ,displin dan kurikulum yang disesuaikan  dengan sistem pelajaran kebangsaan negara dalam artikata sebenar.

Semua sekolah ini masih belum dibawah kawal selia seperti yang didakwa oleh Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.Lapuran siasatan yang dijalankan oleh beberapa pihak selepas berlaku kebakaran yang membunuh lebih 20 murid sekolah tahfiz tidak pernah dikeluarkan untuk pengetahuan orang ramai.

Kita tidak boleh membuat kenyataan sekadarkan untuk  melepaskan batuk ditangga.Orang ramai menunggu lapuran rasmi dari Kemenertaian Pelajaran.

Saya tidak faham   mangapakah mesti ada sekolah untuk orang Melayu dan Islam  yang diluar aliran perdana yang pastinya menambah kecelaruan kepada sitem pelajran kebangsaan dan mengancam perpaduan masa depan orang Islam sendiri. Jika orang bukan Melayu memikirkan dengan berada di luar sistem ini akan mendatangkan faedah kepada mereka maka biarlah mereka  menempah masa depan yang berada di luar aliran utama negara.

Kenapakah  tahfiz ini tidak dimasukan sebagai satu kurikulum  di Sekolah Kebangsaan yang akan memudahkan untuk dikawal selia dan memberikan kualiti dan nilai kepada pelajar-pelajarnya.

Reaksi  dari seorang pengikut   blog saya sewajarnya diberikan perhatian berat walaupun ringkas oleh Menteri Pelajaran baru dan juga Menteri Agama  baru jika kita benar-benar kita hendak membina Malaysia Baru dengan mempunyai Islam yang berkualiti dalam masyarakt berbilang kaum dan antarabangsa.

Inilah pandangannnya:

Saya juga setuju dengan pandangan Tan Sri. Kerajaan patut ambilalih pendidikan TAHFIZA dengan 
memasukkannya sebagai salah satu kurikulum. Setakat ini cuma ada 3 kurikulum selepas PT3 iaitu SAINS TULIN,
 AKAUN dan SASTERA. Patut tambah satu lagi iaitu AGAMA bagi mereka yang cenderong untuk menjadi
 TAHFIZA atau mendalami hal-hal berkaitan ISLAM. Dengan cara ini tidak perlu ditubuhkan pusat-pusat TAHFIZ
 sendirian untuk mengkayakan ustaz- ustaz secara mudah. Dengan cara ini, anak-anak yang minat dalam bidang 
TAHFIZ tidak perlu jadi peminta sedekah, memalukan ISLAM

NOTA: MOHON MAAF  JIKA MENEMUI KESILPAN EJAAN KERANA BELUM DIBETULKAN-ZAM

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :