Saya kesal seorang presiden bagi sebuah pertubuhan Islam (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid tidak memahami atau sengaja mahu mengelirukan pandangan saya kepada umum mengenai penilaian terhadap bahasa Arab sebagai bahasa ilmu.
Dalam tulisannya di forum Utusan Malaysia pada 13 Julai 2018, Mohd Azmi mendakwa saya dangkal kerana mengatakan tidak ada pakar Islam dalam bahasa Arab.
Saya akui memang ramai pakar Islam atau ulama menerusi jurusan Arab tetapi tidak ada kalangan profesional yang terkemuka di dunia menerusi pendidikan bahasa Arab kerana bahasa Arab bukan lagi bahasa Sains, tekonologi, ekonomi dan lain-lain displin ilmu yang mempunyai nilai profesional yang diperlukan untuk sumbangan kearah membawa kemajuan dan pemodenan yang lebih besar kepada umat manusia.
Walapun pun Al-Quran dianggap sumber segala bidang ilmu yang ada sekarang tetapi itu adalah cerita beratus tahun dahulu ibarat cerita kegemilangan dan kegagahan Melayu di zaman Hang Tuah yang membawa kepada keyakinan Melayu tak akan hilang didunia tetapi dalam realiti dunia hari ini bahasa Arab bukan lagi bahasa yang ada pasaran dan kekuatan nilai antarabangsa kerana daya kemajuan berfikir dan intelektualiti orang Arab disekat oleh ulama-ulama Arab yang taksub dan jumud.
Mereka terpaksa melarikan diri untuk mencari kebebasan membaca dan berfikir di nagara- negara Barat kerana tertekan dalam negara sendiri oleh hukuman, cacian, ancaman oleh ulama-ulama feudal yang bersifat seperti raja walaupun mereka bukan raja.
Oleh kerana tekanan ini maka perkembangan ilmu di negara-negara Arab terbantut dan menuju kemunduran termasuk di kalangan pembuat permaidani sebaliknya pusat-pusat ilmu yang turut menjadi kebanggaan orang Islam sendiri terletak di Barat seperti Oxford Universiti di Britain, Harvard di AS atau Free Universiti di Germany yang meluaskan daya peningkatan ilmu memberikan nilai tinggi kepada keluarannya.
Yang terkenal di negara Arab hanyalah Azhar Universiti yang keadaannya dan juga cara pembelajarannya adalah masih kuno hingga sekarang dalam serba kekurangan. Anak-anak kita yang pulang dari negara -negara Arab terbatas pasaran mereka di bidang agama sahaja. Bidang kedoktoran di Mesir juga memerlukan Bahasa Inggeris.
Sebaliknya Malaysia yang terdedah kepada pendidikan sekular disamping agama sejak zaman penjajahan Inggeris, ulama-ulama kita berfikiran sederhana dan terbuka dan memberikan pendidikan Islam secara formal dan sukarela tanpa paksaan dan kekerasan.
Kemajuan pendidikan Islam dari sekolah-sekolah pondok kepada pemodenan sekolah Arab seperti Maahad Mahmud di Kedah melahirkan pimpinan Islam yang berkualiti dalam bidang pendidikan , pentadbiran dan bidang-bidang perkerjaan lainnya. Dr. Abdul Halim Ismail rakan saya di Maahad Mahmud tidak mungkin menjadi Pengarah Urusan Bank Islam pertama malah membantu penubuhannya tanpa mendedahkan dirinya kepada pendidikan Inggeris sehingga keperingkat Oxford Universiti.
Pada keseluruhannnya sistem pendidikan negara telah melahirkan profesional Islam, tidak sahaja lelaki tetapi juga wanita-wanita Islam yang dihormati dunia seperti Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara terbaik di dunia, Datuk Nor Samsiah Gabenor wanita Bank Negara Malaysia yang kedua dan Maimunah Mohd Shariff yang menjadi wanita pertama Asian dari Malaysia mengetuai sebuah agensi Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pada keseluruhannnya sistem pendidikan negara telah melahirkan profesional Islam, tidak sahaja lelaki tetapi juga wanita-wanita Islam yang dihormati dunia seperti Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara terbaik di dunia, Datuk Nor Samsiah Gabenor wanita Bank Negara Malaysia yang kedua dan Maimunah Mohd Shariff yang menjadi wanita pertama Asian dari Malaysia mengetuai sebuah agensi Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu.
Kemajuan wanita Islam Arab terutama dari Arab Saudi hanya baru sekadar boleh memandu kereta oleh kerana tafsiran Quran sebelum itu wanita haram memandu kereta.Bukti kemajuan ilmu dalam Bahasa Arab terbantut kerana kejumudan berfikir.
Apabila saya membaca tulisan Pengarah Kanan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Mohd Sauki Abdul Majid(Mingguan Malaysia 15 Julai 2018) yang juga menyentuh saya mengenai sekolah tahfiz maka jelas kepada saya pentafsiran Islam dan Al Quran yang sempit juga membelenggu pemikiran pendakwah-pendakwah kita. Dalam tulisannya itu beliau menekankan kepercayaaan bahawa sekolah thafiz akan melahirkan generasi ulul -albab.
Apakah pembangunan universiti-universiti dengan tenaga-tenaga pengajar Islam yang profesional di UITM, Universiti Malaya ,UKM dan sebagainya bukan kerana sistem pelajaran negara yang Islamic tanpa menekankan ulul-albab.
Mohd Sauki disempitkan fikirannya oleh kepercayaan yang tidak disedarinya bahawa orang Islam harus mencari kekuatan menerusi pengasingan dari aliran perdana sejak zaman persekolahan rendah lagi.
Dengan pengasingan menerusi sekolah-sekolah tahfiz, maka akan melahirkan orang Islam yang ulul-albab, generasi Islam yang lebih beriman dan lebih teguh ke Islamannya tetapi sebenarnya anak-anak kita yang tidak terdedah kepada dunia luar dan pergaulan bebas akan menjadi orang-orang Islam yang lemah dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat bukan Islam.
Tetapi anak-anak kita yang terdedah kepada dunia luar dan memaksa diri bergaul dengan bukan Islam tetapi tetap dengan ke Islamannya adalah lebih kuat dari ulul- albab dari sekolah-sekolah tahfiz yang hanya terbatas pergaulan dengan sesama Islam sahaja.
Sebenanya kita mempunyai badan-badan dakwah yang menjadi penghalang kepada kamajuan umat Islam di dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang memerlukan orang-orang Islam dengan keterbukaan minda dan kemampuan sosial yang tinggi dan tidak terbatas.
Golongan pendakwah yang sempit fikirannya seperti yang ada didalam MAPIM dan YADIM apabila tidak dapat memberikan jawapan kepada perbincangan secara terbuka akan membuat ugutan dan hukuman atau melaporkan kepada polis atas apa yang sensitif kepada fikiran mereka. Mereka ini sama seperti ulama-ulama feudal di negara-negara Arab yang membawa keterbatasan kepada pendidikan dan pengajaran Al-Quran.