DR MASZLEE JANGAN PERCAYA SEMUA SEKOLAH TAHFIZ YANG DIDAFTAR TELAH DIBETULKAN


INTERVENSI KPM DIALUKAN


Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan beberapa intervensi untuk membantu sekolah tahfiz bagi memastikan pelajar tahfiz mampu berdaya saing sama ada di dunia akademik atau pasaran kerja yang semakin mencabar.



"Biasanya, isu yang berbangkit di sekolah tahfiz adalah mengenai kualiti pengajaran dan pendidikan. Jadi, kita ingin memastikan supaya sekolah tahfiz tidak menggadaikan kualiti pendidikan untuk anak-anak kerana mereka inilah masa depan negara," kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kepada Bernama.

Saya mengalu-alukan kenyataan Menteri Pendidikan Dr.Maszlee Malik untuk melakukan intervensi  membantu sekolah tahfiz bagi mempastikan pelajarnya  mampu berdaya saing sama ada di dunia akademik atau pasaran kerjaya mencabar.

 Bagaimanapun beliau menegaskan pendiriannya tidak akan menyekat ibu bapa memilih sendiri pendidikan atau sekolah yang terbaik bagi anak-anak mereka.

 Kenyataan ini tentulah dibuat oleh beliau atas pengetahuan dan kesedaran sebenar mengenai keadaan sebahagian besar sekolah- sekolah tahfiz yang dibuka secara persendirian oleh ustaz-ustaz yang terbatas  pasaran pekerjaan dan tidak mempunyai latihan perguruan.

 Walaupun dakwaan  dibuat, perubahan telah berlaku  sejak didaftar  di bawah  JAKIM  atau Jabatan Agama Islam Negeri tetapi  masih banyak sekolah-sekolah ini dalam keadaan mundur, tidak berbangku dan bermeja dan murid-muridnya belajar dengan duduk diatas lantai atau tikar. Mereka tidak mempunyai  matlamat untuk mengambil  peperiksaan SPM kerana telah  didoktrinkan  tanpa sijil pun akan dapat mencari rezki.

 Hanya mereka yang tidak tahu tentang kelemahan pentadbiran institusi  agama yang akan mudah  percaya bahawa sekolah-sekolah tahfiz telah sihat walafiat setelah didaftarkan di bawah jabatan  berkenaan. 

 Ketidakcekapan  jabatan-jabatan agama terutama dalam urusan dengan orang ramai harus menjadi ukuran dalam melihat masalah kronik ini. Kerajaan PH wajar menjadikan agenda utamanya untuk memperbaiki pentadbiran jabatan-jabatan agama di seluruh negara walaupun ini bukan dalam bidang kuasanya. Orang ramai lebih suka  mendiamkan diri dalam soal yang berkaitan pentadbiran agama.

Pihak Kementerian Pendidikan wajar mengarahkan pegawai-pegawai yang berkenaan untuk meninjau keadaan sekolah-sekolah tahfiz yang telah didaftarkan dari sema aspek termasuk keselamatan.

 Jika pentadbiran JAKIM cekap dan berkualiti  maka tidaklah Tun Mahathir bercadang untuk menutupnya sebaik sahaja menjadi PM kali kedua dan tidaklah tindakan secara tidak bijak  dibuat terhadap  intelektual Islam terhormat  Kassim Ahmad.

 Saya suka menyebutkan di Kedah sendiri ada beberapa tanah yang diserahkan  kepada ustaz-ustaz yang becadang membuka  sekolah  tahfiz tetapi akhirnya ditinggalkan bagitu sahaja kerana gagal  mendapat bantuan. Ada yang dibuka  sekerat jalan tetapi kerana masalah kewangan, tenaga pengajarnya terpaksa berpindah rendah. Anak murid terbengkalai.

 Berbagai lagi masalah yang dihadapi  oleh sekolah-sekolah tahfiz yang tidak mempunyai sumber pembiayaan tetap.

 Adakah ini aspirasi Menteri Pelajaran Dr.Mazlee sebagai asas kepercayaan  untuk memberikan pilihan bebas  kepada ibu bapa  memilih sekolah yang terbaik bagi anak-anak mereka?.

 Saya tidak menafikan ada diantara murid-murid tahfiz ini yang berpeluang melanjutkan pelajaran keluar negara tetapi  kenegara-negara Arab yang jauh lebih mundur  dari negara kita. Kemudian pelajar -pelajar ini akan pulang tanpa mendapat pasaran  dan hanya layak untuk membuka sekolah tahfiz.

 Dalam hal ini saya tidak menafikan nilai pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Agama  yang asalnya  dari sekolah swasta  tetapi mereka ini berada dalam sistem kebangsaan.

Bila saya menganjurkan penutupan sekolah tahfiz,  banyak yang mempersoalkan kenapa saya tidak menganjurkan penutupan  sekolah-sekolah vernacular. 

Kenapakah kita harus mengambil berat dalam soal ini? Jika masyarakat  Cina merasa masa depan mereka lebih cerah dengan berada di luar aliran perdana maka biarkanlah   kerana pada akhirnya di mana -mana negara pun aliran  nasional yang akan mendapat pengiktirafan.



Merka sendiri yang  melakukan pengasingan diri yang akan akhirnya merugikan masa depan mereka sendiri dalam negara ini.



Dalam pada itu kita juga tidak boleh menyalahkan masyarakat Cina mengeluarkan anak-anak mereka dari sekolah aliran kebangsaan sekalipun pada mulanya memberikan sambutan yang baik.



Ini adalah akibat pendekatan kita  yang sempit yang terperangkap dalam  xenophobia  nasionalism diawal kemerdekaan untuk meMelayukan  dan mengIslamkan rakyat berbilang kaum  tetapi bukan  untuk Malaysiankan. Pendekatan melampau dan sempit  ini  menyebabkan anak-anak Cina  merasa tersisih dan ibu bapa mengeluarkan mereka dari  sekolah nasional.


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :