NAJIB DAN ROSMAH MATI SEBELUM MATI DIPENJARAKAN OLEH RAKYAT

ANNUAR MUSA HARAP MAHATHIR  MATI SEGERA
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata suatu lagi pilihanraya kecil mungkin diadakan di Langkawi setelah Pilihanraya Kecil Sungai Kandis kerana kematian wakilnya .

Walaupun tidak disebutkan nama Tun Dr.Mahathir  tetapi anaknya Mukhriz sedar ditujukan kepada bapanya yang sudah tua yang memasuki usia 93 tahun dan merasakan ini  tidak wajar diucapkan dan Naib Presiden PKR Dr Xabier mensifatkannya Annuar Musa sebagai biadap.

Tentunya bukan Muhkriz sahaja yang merasa tidak wajar tetapi bagi orang yang waras terutama bagi orang Islam mempunyai pandangan yang sama.Jelas Annuar mendedahkan  perasaan permusuhan dan kebencian yang amat mendalam kepada Tun Mahathir. 

Berita Harian Online melapurkan Annuar  berkata "PRK Sungai Kandis adalah ujian Allah kepada Selangor dan tidak diketahui di mana pilihan raya seterusnya akan diadakan, dan ia mungkin di Langkawi atau tempat lain."

Annuar tidak sedar bahawa pemimpin idolanya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isterinya  Rosmah Mansor  telah pun mati sebelum Mahathir,telah  mati  sebelum mati atas hukuman majoriti rakyat negara ini.

Ini akan dapat kita lihat jika kita menganalisis apakah tujuan Datuk Sri Najib dan Rosmah mengumpulkan wang dan kekayaan yang jumlahnya tidak sahaja menggemparkan  rakyat negara ini tetapi dunia.


Umum mengetahui dari rampasan polis dan SPRM , Najib dan Rosmah mengumpul kekayaan  berbilion ringgit,barang kemas yang termahal didunia,beg tangan yang harganya  mengejutkan rakyat,rumah dan kereta mewah dan sebagainya yang meletakan mereka di surga dunia. 

Diatas segala kekayaan dan  kemewahan ini apakah yang diperlukan oleh beliau?Kuasa!Kuasa! dan kekal berkuasa! 
Beliau percaya cash is the king  dan  menjangka dengan kuasa ini akan dapat menjadi King  yang   berkuasa sehingga ke akhir hayat  atas  sokongan rakyat khususnya pemimpin -pemimpin UMNO  dan lain-lain yang mendapat sogokan  wang darinya.

Tetapi ketentuan Allah telah mengatasi ketentuan manusia.

Maka apabila Allah mengerakan hati manusia dan tidak lagi mengizinkan penginayaan terhadap rakyat,tidak lagi membenarkan  penyelewengan wang negara untuk kepuasan  nafsu manusia, maka kuasa rakyat bangun  mengatasi kuasa wang sehingga Najib sendiri tidak percaya hal ini berlaku sekalipun realiti telah tegak didepan matanya.

Dari seorang  Perdana Menteri beliau menjadi rakyat biasa yang  tidak lagi boleh bergerak bebas  sedangkan rakyat  yang miskin tanpa wang berbillion ringgit  pun lebih bebas darinya,tidak diawasi oleh pandangan serong rakyat yang meanggapnya berdosa besar kepada mereka. Kuasa rakyat telah memenjarakannya.

Tidakkah ini berarti  beliau telah  mati sebelum mati?Adalah lebih terseksa bila  mati sebelum mati kerana beliau  dapat membandingkan kehidupan bebas manusia lain dengan dirinya sekarang.  

Apalah  gunanya lagi wang berbillion,barang kemas beratus juta,kereta termahal harganya , rumah indah di dalam dan luar negara  dengan segala yang berharga jika tidak boleh dibelanjakan,digunakan  dipakai dan bershopping diseluruh  dunia untuk menunjukan  kehidupan yang lebih dari orang lain,kehidupan  yang setaraf  dengan  raja-raja Arab ,apalah guna semuanya  jika tidak dapat  digunakan untuk memuaskan  cita rasa membina surga di dunia.

Apakah gunanya ada pasport  kalau kaki telah terikat,perjalanan terbatas dan langkah diawasi.

Ya Najib  belum dihukum oleh mahkamah atas segala tuduhan terhadapnya dan  tidaklah di luar  kemungkinan beliau akan terlepas tetapi setakat ini beliau telah memasuki penjara rakyat,jatuh dari istana dan tersungkur di pintu surga dunia.Rakyat puas.

Orang sedar mengapa  Annuar Musa  sebagai bekas Pengerusi Mara   mahu Mahathir mati lebih awal,Mahathir tidak  terhutang budi kepadanya untuk memaafkannya dan dia  terhutang budi kepada  Datuk Seri Najib untuk dikenang sampai kemati. 

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :