BUKA KAPAL JHO LOW UNTUK LAWATAN RAKYAT SUMBANG DERMA TABUNG HARAPAN.



Menurut akhbar Utusan Malaysia kapal persiaran mewah The Equanimity kepunyaan Jho Low yang dikaitkan  dengan skandal 1MDB akan tiba di Pulau Indah,Pelabuhan Klang hari ini.

Tentulah banyak rakyat Malaysia yang   ingin melihat  dan menjijak kaki  keatas kapal ini kerana masing-masing berkongsi dengan wang yang dirampas dri mereka.

Kerajaan harus mengambil kesempatan dari perasaan sentimen dan kemarahan rakyat  untuk  menyalurkannnya kearah yang positif dengan membuka kapal ini  bagi lawatan orang ramai dengan mengenakan bayaran yang berpatutan  untuk mengutip derma bagi Tabung Harapan bagi membantu kewangan negara.

Ia juga  akan menyedarkan rakyat bila melihat bagaimana serakahnya manusia untuk memuaskan nafsu hidup mewah dengan menyalahgunakan wang negara  untuk terus berkuasa dan dengan itu mengingatkan mereka  agar tidak melakukan rasuah dan lebih berhati-hati dengan pemimpin-pemimpin yang bersandiwara untuk memperalatkan mereka sehingga  sanggup bersekongkol dengan penipu,penyamun dan pencuri.

Dengan kata-kata lain Pameran Kapal Jho Low ini akan dapat membangunkan semangat patriotisme  rakyat untuk  menyalurkan wang mereka untuk  membantu membangunkan Malaysia Baru kearah menegakkan  sebuah kerajaan yang bersih cekap dan amanah.

Mungkin Menteri Kewangan Guan Eng boleh mengetuai rombongan anggota -anggota Parlimen untuk melawat kapal ini bagi mempelopori lawatan rakyat tetapi  suatu lawatan  khusus percuma hendaklah diaturkan bagi  peneroka-peroka Felda  bagi melihat titek peluh mereka berada dalam sebuah kapal untuk pemuasan nafsu manusia yang rakus.

Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir dalam terima kasihnya kepada Presiden Indonesia Joko Widodo kerana menyerahkan kapal itu kepada Malaysia telah menyatakan:

"Jabatan Kebajikan AS berpendapat kapal ini dibeli dengan wang IMDB yang cuba dibersihkan denga membeli kapal,bangunan-banguan dan lain-lain supaya  duit ini tidak lagi ternampak menjadi duit curi. Kapal itu berharga RM 1 Bilion.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :