Titah baginda " Sentimen pengundi wajib dijadikan panduan kepada parti-parti politik yang berusaha untuk meneruskan jangka hayatnya."
Dalam titah melancarkan buku Reflections on Malaysian Unity and Others Challengers tulisan Pengerusi Yayasan 1 Malaysia,Dr.Chandra Muzaffar,baginda menegaskan kaedah mendapatkan sokongan dengan mensensasikan isu agama dan kaum semakin kurang berkesan sebagai faktor penarik.
Dalam hal ini kita dapat melihat UMNO selepas sahaja terguling kerajaannnya pada PRU 14 telah berkonspirasi degan Utusan Malaysia untuk memainkan isu-isu yang telah ditolak oleh rakyat dan tidak mahu menerima hakikat telah bangkit gelombang perpaduan rakyat yang melampaui batas kaum dan agama demi untuk menegakan sebuah kerajaan yang urus tadbirnya lebih baik tanpa rasuah dan penyelewengan wang negara.
Mereka tidak lagi dapat menerima wajah-wajah yang walaupun Islam dan Melayu tetapi tertampal dengan Najis dan kotoran.
Bila Sultan Nazrin menyuarakan kesedaran ini maka baginda menerima realiti politik baru Malaysia dan Malaysia Baru yang menunjukan keperihatinan Istana menghayati harapan rakyat yang menukarkan kerajaan
Sultan Perak diketahui tidak mencampuri urusan politik sekalipun ketika UNNO berada dalam keruncingan dan menghadapi deficit keyakinan.Baginda tetap mematuhi pasal-pasal kesopanan Raja dalam perlembagaan dan tidak mengambil kesempatan dari krisis ini untuk membesarkan lagi kedudukkannya. Maka itu apabila baginda meminta parti-parti politik menghadapi realiti politik baru ini, dibelakangnya adalah kehormatan autoriti dan kredebeliti yang tinggi yang tidak boleh dipersoalkan
Titah baginda "Sentimen pengundi wajib dijadikan panduan kepada parti-parti politik yang berusaha untuk meneruskan jangka hayatnya
"Sentimen pengundi yang lebih menumpukan kepada tadbir urus yang baik lagi telus dan semakin kurangnya daya pengaruh isu-isu sensasi berteraskan agama dan kaum membuka ruang luas utuk budaya politik di negara ini dapat dibangunkan atas penyebut atau denominator yang sama."
Baginda juga mengingatkan kerajaan baru dipileh oleh rakyat supaya membaca dengan tepat sentimen oleh keraaan yang telah diberikan mandat memerintah.
Kesedaran ini tidak ada pada UMNO setelah digulingkan oleh rakyat pada PRU 14 sebaliknya UMNO terus mahu hidup atas isu-isu lapuk dengan memperalatkan Utusan Malaysia .
Tidak berlakunya perubahan yang dinamik dalam pemilihan pucuk pimpinan baru UMNO malah sebaliknya UMNO terus menunjukan sikap "I Love You " terhadap bekas presidennya Datuk Seri Najib menjadi bukti tidak ada kesedaran baru yang diharapkan, tidak sahaja oleh ahli UMNO tetapi juga rakyat yang masih sayang pada UMNO.
Kutipan wang derma untuk membantu Najib dalam perbicaraan rasuah dan membawanya berkempen di pilihanraya Sg Kandil dengan keyakinan jika menang akan dapa membantu membersihkan nama Najib telah memburukan lagi nama Najib sehingga pemimpin -pemimpin tertinggi UMNO tidak lagi merasa senang dan mengkritiknya.
Kritikan ini juga membayangkan kekecewaan pemimpin -pemimpin UMNO terhadap presidennya Zahid Hamidi yang membiarkan dirinya dibayangi oleh Najib dan menampakan pergantungannya yang terus menerus kepada Najib
Beberapa orang pemimpin terkemuka UMNO tidak lagi senang dengan kelemahan pimpinan Zahid Hamidi yang menjadikan Naib sebagai presidennya.
Setiausaha Agung UMNO ,Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO memilih untuk menjarakan dirinya daripada Najib kerana beliau menjadi beban kepada UMNO bagi mendapatkan semula sokongan rakyat.
Sementara Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan,Datuk Johari Abdul Ghani mendedak agar Najib tidak dibenarkan berkempen untuk parti dan BN dalam mana-mana pilihnaraya kecil dalam masa akan datang kerana membawa persepsi negatif terhadap UMNO.
Najib telah pergi berkempen di pilihanrraya kecil Sg Kandis dengan harapan kemenangan akan dapat membersihkan dosanya dan Rosmah dan akan menjadi asas pemulaan mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO setelah ditolak oleh dalam PRU14 .
Jika UMNO sendiri tidak dapat melihat ,generasi baru ,politik baru dan Malaysia Baru maka tidaklah heran jika UMNO tidak mempunyai jangka hayat yang panjang kerana UMNO mempunyai pandangan Istana dan Sultan sendiri mempunyai pandangan rakyat.