KHAIRY DAPAT BACA DENGAN TEPAT PERASAAN RAKYAT AKAR UMBI TETAPI TAK BERANI JUARAI

Ahli Parlimen Rembau dan bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin telah membaca dengan tepat perasaan rakyat di akar umbi yang tidak pedulikan sama ada janji 100 hari Pakatan Harapan Rakyat dalam manifestonya ditunaikan atau tidak.

Katanya dalam sidang akhbar "Apa yang penting kepada rakyat ialah Barisan Nasional ditumbangkan dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan dari  pentadbiran negara."

Kejayaan rakyat menjatuhkan Datu Seri Najib adalah merupakan manifesto  peribadi utama Tun Dr.Mahathir dan apa yang harus disedari oleh UMNO dan juga Barisan Nasional ialah Tun  berjaya menjadikan persepsi sebagai pendapat umum bahwa Kerajaan UMNO atau BN adalah sebuah kerajaan kleptokrasi.

Kejatuhan Najib adalah kerana kerajaan UMNO sebagai kerajaan kepltokrasi bukan lagi persepsi tetapi realiti dan bukan lagi mimpi apabila ia telah menerapi fikiran rakyat.Ia menjadi fikiran besar yang menyeluruh.Drama dan sandiwara tidaklagi berjaya untuk menutupnya

Maka itulah Khairy berani menyatakan secara terus terang "buat atau tidak buat (janji) rakyat tidak kisah.Tahniahlah kepada PH." Beliau sendiri sebagai seorang  realis tidak dapat menolak hakikat ini.

Sayangnya Khairy walaupun menghayati pendapat rakyat tetapi tidak berani untuk menjadi juara sebaliknya bersuara setelah disuarakan oleh orang lain.Beliau  lebih bersedia untuk mencari jalan survival  dalam jangka panjang dari menjadi korban dalam jangka pendek untuk kepentingan rakyat dan kepentingan dirinya.

Sikap politik yang seumpama ini di bawah Malaysia Baru yang  bergerak  bagitu pantas  akan meninggalkan beliau semakin jauh kebelakang terutama apabila beliau terlihat terkebelakang bersama dengan UMNO yang percaya kepada kemunduran politik atau melangkah kebelakang dari dasarnya yang mendahului  parti-parti lain dalam  gabungan politik berbilang kaum di negara ini. UMNO adalah sebuah parti poitik yang paling dinamik  dan progresif pada awal penubuhannya.

Sebagai sebuah parti yang percaya kepada kemajuan politik dengan bergabung dengan parti-parti bukan Melayu  untuk  masa depannya, sekarang ini UMNO  kelihatan lebih percaya kepada politik perkauman dan ke Islaman tanpa mem-pedulikan sentimen politik kaum-kaum lain untuk memulihkan kekuatannya.

Kepada bukan Melayu dan bukan Islam dengan langkah UMNO menjadikan PAS sebagai rakan utamanya dalam politik,berarti UMNO telah tidak lagi percaya kepada dasar asalnya yang menjadi asas utama pembangunan keharmonian dan kemakmuran negara ini.

Khairy sendiri  mungkin tidak sedar kerajaan Pakatan Harpan sekarang mempunyai beberapa intelektual Islam,  Islamic Scholars dan mondenis Islam yang  akan berupaya  menguruskan masalah kemajuan Islam dan imej Islam di negara ini dengan menjadikan gulongan yang hendak mencari kemajuan politik menerusi agama  terlihat sebagai mereka yang mundur atau tersisih dari arus perdana.

Harus juga  dingatkan  bahawa penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan oleh Majlis Raja-Raja Melayu  baru-baru ini seperti yang ditegaskan oleh pengerusinya Orang Kaya Imam Paduka Tuan(Perak) Datuk Dri Afifi Al-Akiti adalah merupakan langkah pertama bagi mengelakan Islam daripada terus dipolitikan di negara ini.

Dalam jangka panjangnya  parti-parti  yang mahu menggunakan agama untuk  kepentingan politik Melayu akan terlihat sebagai tidak lagi se zaman dan pada masa itu, Khairy akan mendapati dirinya  sebagai seorang yang tercicir jauh dalam politik.

Dalam UMNO beliau dilihat sebagai tidak dapat menyesuaikan diri dengan dasar-dasar UMNO di bawah pimpinan pemimpin tradisi yang koservatif dan dirasakan  sebagai duri dalam daging dan kalangan kerajaan melihatnya sebagai telah ketinggalan keretaapi.

Dalam politik ada orang yang berjaya kerana berani mengambil risiko dan ada yang menjadi korban kerana sepanjang masa mahu menacari jalan selamat.Apapun pilihan mesti dibuat dari awal.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :