-
Rencana ini adalah komen terhadap posting terkini saya sebelum ini bertajuk : DARI ISTANA HINGGA RAKYAT BIASA MENOLAK ISU-ISU AGAMA DISENSASIKAN
- oleh: ir. miringila11 August 2018 at 08:29
Bukan sahaja ahli UMNO teruk dibrainwash oleh pemimpin malah rakyat secara amnya. Memilih menggunakan sentimen agama dan bangsa, telah memungkinkan UMNO berjaya berada di tampuk pemerintahan selama 6 dekad. Dan selama 6 dekat bermula dari perjuangan menentang Malayan Union, telah memungkinkan melayu bersatu. Sehinggalah sekitar 80an agama Islam mula diberi perhatian oleh UMNO sebagai wadah perjuangan baru. Kalau dahulunya kesatuan Melayu dibentuk untuk mempertahankan hak melayu kini keagamaan digunakan untuk menyatukan melayu.
Walaupun telah terbukti yang agama Islam telahpun berjaya menyatukan suku-suku bangsa Arab 1400 tahun dahulu, ini tidak bermakna ianya akan berjaya pada hari ini. Sebab itulah, isu-isu seperti Palestin, Rohingya, Haji dll ditunggang sepenuhnya oleh UMNO demi kesatuan bangsa Melayu. Perkara ini telah dapat mempengaruhi orang melayu Islam dan seterusnya dapat diterjemahkan melalui peti undi. Namun begitu akibat dari pertentangan tafsiran agama antara UMNO dan PAS maka kesatuan Melayu terpecah sehinggalah UMNO akur untuk menyokong hudud ala PAS.
Perkara ini sedikit sebanyak telah menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat melayu. Yang seterusnya memungkinkan ramai orang melayu mengambil kesempatan membuat percubaan memahami sendiri agama. Proses ini sedikit sebanyak telah menjauhkan masyarakat melayu dari arus perdana dan rakan-rakan berbangsa lain, ekoran dari kehendak agama itu sendiri. Malah telah juga menimbulkan pahaman yang radikal dan agresif seperti kes-kes kedai dobi dan pesta arak. Yang lebih memalangkan lagi situasi ini apabila bangsa lain telah mula melihat Islam sebagai satu ancaman kepada mereka akibat perbuatan militan Islam.
Saya mengagak pahaman radikal Islam ini berpunca diatas kelemahan bangsa yang menganuti agama Islam. Ianya bertitik tolak, dari brainwash yang dilakukan dipentas² ceramah. Melayu didedahkan dengan cerita-cerita kehebatan Islam dahulu dengan didendangkan untuk berjaya kita wajib melaksanakan hukum Allah. Salah faham ini telah menyebabkan kaum melayu menganggap kekurangan mereka berpunca dari tidak melaksanakan hukum Allah dan bukannya akibat dari kekurangan ilmu.
Maka melayu mula bersatu diatas isu ini. Dipelopori oleh UMNO dan PAS. Dalam masa yang sama, golongan terpelajar melayu memahami Islam dalam konteks yang berbeza, sehingga menimbulkan perpecahan dikalangan melayu Islam.
Perpecahan Melayu inilah,yang menimbulkan ketakutan kepada parti politik Melayu dan orang Melayu sendiri sehingga menimbulkan ketegangan antara agama di Malaysia. Tuduh menuduh dijadikan agenda ahli politik yang tidak bertanggungjawab. Semakin ramai ahli politik mula berpegang kepada teori konspirasi, mula mencipta konspirasi² dengan harapan dapat menarik orang Melayu dengan kontroversi.
T
idak hairanlah, akibat dari kemahuan dan keinginan politik untuk terus berkuasa maka kesatuan negara ditolak ketepi. Ianya hampir merosakkan negara, namun begitu masih ramai yang berfikiran waras pada PRU yang lalu sehingga memenangkan PH yang mengambil jalan tengah dalam segala hal dan menumpukan kepada perkara seperti rasuah, pecah amanah dsbgnya. Nampaknya rakyat tak kira bangsa dan agama memang bersedia menolak kemungkaran. Negara kita masih ada harapan apabila rakyat menolak kemungkaran. Namun melayu Islam akan terus menjadi duri dalam daging akibat dari tafsiran agama yang sempit dan bermotifkan politik dan kuasa.
Terima kasih Tan Sri.