TIDAK MUSTAHIL UMNO BOLEH DIRAHAMKAN
Parti Pribumi BERSATU tidak seharusnya takut untuk membuka seluas-luas pintunya kepada ahli-ahli UMNO bagi menyertainya secara persaoragan atau berkumpulan sekiraya ia tidak mengadaptasi struktur Perlembagaan UMNO dalam pemilihan kepimpinannya dari cawangan bahagian hingga ke pusat.
Struktur pemilihan berasaskan populariti dalam parti tidak perlu lagi jika BERSATU menerima hakikat telah berlaku perubahan dinamik dalam pattern pemilihan PRU 14 yang meningalkan corak pengundian tradisi menyebabkan tersungkurnya kerajaan UMNO (BN).
Pengundian rakyat pada PRU 14 adalah berasaskan perpaduan yang melampaui sempadan parti,perkauman dan agama .Walaupun ini tidak berlaku secara menyeluruh tetapi boleh dianggap sebagai perintis trend pengundian masa akan datang yang melambangkan kemajuan berfikir rakyat dalam menilai kepimpinan negara
Keberanian DAP meninggalklan logo roketnya yang merupakan identitinya selama lebih 60 tahun dan penerimaan Mahathir sebagai bekas pemimpin parti perkauman Melayu terbesar UMNO oleh semua kaum membuktikan rakyat lebih mengutamakan sebuah kerajaan yang bersih,cekap dan amanah dari sentimen masing-masing.
Perpaduan rakyat dalam kerpecayaan inilah yang berjaya menyingkirkan sebuah parti yang rasuah,pembohong,pencuri dan penipu atas keyakinan kepada maklumat dari Tun Mahathir yang walaupun mempunyai kesilapan lampau tetapi telah memberikan sebuah kerajaan yang membanggakan rakyat,bermaruah,meyakinkan dalam negara dan beintegriti di mata dunia selama lebih 20tahun.
Pemimpin-pemimpin UMNO diperingkat atas masih tidak dapat menerima hakikat ini maka itu mereka memileh pemimpin-pemimpin yang sama untuk meneruskan kepimpinan UMNO dalam keadaan tecalar dan tercemar. k
Ahli-ahli UMNO di akar umbi,pimpinan UMNO diperingkat bahagian dan cawangan berada dalam keadaan tidak bermaya malah ramai yang sedang mencari kiblat baru tetapi mereka tidak tahu kemana untuk berhijrah.Pastinya BERSATU paling dekat di hati mereka kerana kepimpinannya yang walaupun tidak bersih100 peratus tetapi tidak sanggup bersubahat hingga keperingkat mencuri berbillion ringgit wang negara untuk berkuasa terus tanpa mempedulikan masa depan rakyat.
Ahli-ahli UMNO diakar umbi harus memikirkan dengan serius bahawa Najib tidak akan dapat menghancurkan UMNO dan menjatuhkan kerajaan BN tanpa konspirasi semua pemimpin UMNO dari peringkat pusat hingga kebahagian untuk menikmati wang haram.
Saya difahamkan oleh beberapa orang rakan peguam dan ahli undang undang bahawa sekiranya UMNO telah didapati sah mennyelewengkan wang negara untuk sogokan politik bagi mencari populariti di kalangan rakyat untuk terus bekuasa maka UMNO boleh diharamkan menerusi mahkamah.
Mungkin ini akan berlaku setelah Najib dan beberapa orang lagi pemimpin yang berkonspirasi dengannya didapati bersalah dan dihantar ke penjara.
Kerajaan yang disokong rakyat tidak harus takut untuk bertindak bila perlu kerana sebenarnya UMNO dalam keadaan berkecamuk dan kucar kacir malah moral parti PAS sendiri adalah lebih kuat darinya kerana tidak membawa imej sebuah parti yang kalah yang sedang meminta sedekah untuk tumpang berteduh di rumah orang .PAS berimejkan sebuah parti yang bertambah kekuatan apatahlagi bila UMNO hendak menumpang kasihnya.
Maka itu tindakan mengharamkan UMNO tidak akan menimbulkan reaksi yang panas kerana pada hakikatnya UMNO telah pun mati berasaskan kepada pemikiran pemimpin yang sudah tidak lagi sezaman dengan generasi baru dan Malaysia baru.
Jika UMNO diharamkan maka BERSATU boleh menawarkan dasar JUS SOLI yang pernah dikemukakan oleh Presiden Pertama UMNO Datuk On untuk memberikan kerakyatan kepada bukan rakyat Malaya selepas merdeka. Berasaskan dasar ini yang diterima oleh dunia " Anybody born in the country should be a subject of the country"(lihat buku Tunku Abdul Rahman PM Malaysia Pertama: Political Awakening muka 18)
Dalam hal ini BERSATU yang kepimpinannya berasaskan dari UMNO boleh memperkenallkan dasar JUS SOLI kepada semua ahli UMNO yang mahu menjadi ahli BERSATU atas ihsan kerana setelah pengharaman UMNO maka mereka tidak lagi bernegara ,mereka bukanlah lagi rakyat UMNO yang sah.
BERSATU tidak perlu takut jika tidak menyalin dasar pemilihan pimpinan parti berasaskan perlembagaan UMNO. Dasar BERSATU mestilah berubah dalam pemilihan kepimpinan.
Sekiranya mereka masuk BERSATU dengan hasrat mahu melakukan sabotaj atau bertindak keluar beramai-ramai untuk merosakan imej BERSATU,tindakan seumpama ini sudah tidak berkesan lagi di kalangan generasi baru.Ini terbukti dalam PRU14
Untuk memperkebalkan lagi BERSATU ,Sistem perkadiran mestilah diwujudkan.Pemilihan calun -calun pilihanraya tidaklah boleh berasaskan kepada kedudukan dalam parti diperingkat pusat ,bahagian atau cawangan tetapi boleh diambil dari kalangan profesional yang berjaya seperti pegawai -pegawai kerajaan kerajaan,seperti pegawai daeah,guru peguam,jurutera, , ahli perniagaan dan sebagainya.Mereka tidak semestinya ahli parti.
Saya sedar mudah untuk saya memberikan fikiran tetapi tidak mudah utiuk dilaksanakan tetapi sekiranya ada political will yang ikhlas dan mantap semuanya boleh dilakukan.