TUJUAN UNTUK TUTUP MALU UMNO
Berita Malaysiakini kenyataan seorang MP UMNO Perlis di bawah ini dipercayai di keluarkan untuk selamatkan maruah UMNO kerana makin ramai pemimpin UMNO akan keluar UMNO dalam sehari dua ini.
Membaca berita ini menampakan kecetekan politik orang UMNO Perlis bermain politik murahan untuk gambarkan BERSATU perlukan politik perkauman dengan bersatu dengan UMNO.Dia memikirkan seolah-olah UMNO masih mempunyai kekuatan dan bermaruah.
Harap bukan Melayu jangan lekas percaya pada pembohongan ini.
UMNO yang perlukan perpaduan Melayu untuk kembali berkuasa semula tetapi BERSATU berada ditampukkuasa atas kepercayaan dalam perpaduan nasional.MP Padang Besar ini ingat UMNO masih besar dan bemaruah untuk tawarkan kerjasama dengan UMNO.
Mahathir lebih memerlukan DAP, Amanah dan PKR yang menyokong visinya dalam PRU14 dan sedang berkerjasama dengan mereka untuk membangunkan Malaysia Baru dan bukan Malaysia Lapuk yang diperjuangkan oleh UMNO sekarang dengan bersekongkong dengan Parti Islam sempit PAS.
Takkan lah lepas berjaya membentuk kerajaan PH Mahathir nak cari perpaduan Melayu dengan UMNO yang dianggapnya sebagai parti pencuri dan perompak.
Tak perlulah buat kenyataan bodoh ini nak tutup maruah UMNO yang pemimpin-pemimpinnya sedang lari keluar.Keluarlah sahaja dari UMNO kalau nak keluar.Tak payah buat helah bodoh nak tutup malu.
INILAH KENYATAAN BODOH MP PERLIS
Zahidi: BN bincang kerjasama dengan BERSATU sejak 2 bulan lalu'

Wujud perbincangan antara wakil rakyat BN dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) untuk bergabung dalam usaha menyelamatkan orang Melayu, kata Anggota Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin.
"Ada perbincangan di antara anggota parlimen BN tentang macam mana kita nak berpakat dengan BERSATU supaya kita dapat bergabung.
"Umno ini parti yang memerdekakan negara dan BERSATU ditubuhkan untuk jatuhkan (Datuk Seri) Najib Razak dan dah berjaya.
"PKR ditubuhkan nak jatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad tapi angkat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim jadi perdana menteri. Jadi kedua-dua parti ini kalau nak berpakat tak sesuai sebab PKR pun parti berbilang kaum, jadi pilihan kita BERSATU dan kita cuba berbincang dengan BERSATU untuk selamatkan Melayu.
"Kalau boleh pakat dengan BERSATU dapat balik bersama-sama kerajaan, kita pilih yang terbaik," katanya ketika ditemui pemberita di PWTC hari ini.
Zahidi turut berkata, perbincangan diantara wakil BN dan BERSATU itu difahamkan sudah berjalan kira-kira dua bulan lalu.