
Oleh kerana tuduhan mengatakan peranti Israel intip Istana Johor yang melibatkan telefon, e -mel dam komunikasi peribadi datang dari Istana sendiri maka tentulah menggemparkan rakyat dan menjemput perhatian segera pihak polis dan juga Kemenetrian Dalam Negeri sendiri.
Jika tuduhan itu datang dari rakyat biasa yang tidak mempunyai kekebalan dan keistemewaan maka mungkin sesaoran telah ditahan kerana membuat tuduhan rambang yang berat atau palsu yang melibatkan imej keselamatan negara.
Pendedahan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) ini juga menarik pehatian Penasihat Media dan Komunikasi JPM Datuk Kadir Jasin yang segera mengulas dalam blognya mengenai seorang Putera Diraja mendakwa kegiatan media sosial dirinya dan bapannya dipantau.Tulisan itu bertajuk" Tentang bangsawan yng bermain politik"
TMJ sendiri dengan pantas menjawab Kadir dalam face booknya tanpa menyebutkan nama tetapi jelas bila beliau merasakan sebagai orang yang disebut "Tersesat dalam kancah politik yang akan meletakan keluarga saya berisiko menjadi mangsa serangan dan status kami direndahkan".
TMJ mendakwa beliau membuat pendedahan itu kerana keperihatinan terhadap masaalah rakyat kerana baginya yang penting adalah rakyat dan bukan bergantung kepada gelaran tetapi kepada pandangan rakyat.
Tabik hormat kita kepada kesedaran kerakyatan baginda tetapi rakyat juga bertanya samaada wajar pendedahan dibuat kepada umum atau lebih bijaksana jika Istana yang amat dihormati oleh pihak berkuasa,lebih dahulu secara diam-diam melapurkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan dan tidak membuat kegemparan yang menampak ketidayakinan Istana terhadap pihak kerajaan baru atau pihak polis.
Hal ini lebih perlu kerana Istana Johor sebelum Mahathir menjadi Perdana Menteri bagi kali kedua telah pun menampakan kecendorongan untuk campurtangan dalam keruncingan krisis politik rakyat dengan menuduh pindaan perlembagaan yang diinisiatifkan oleh Tun Mahathir sebagai bertujuan merampas kuasa Istana. Tidak mungkin Mahathir seorang yang masih belum nyanyuk di umuar 93 tahun akan melupakan pekara ini.
Apapun saya melihat dengan sikap positif terhadap minat Istana Johor terutama TMJ terhadap masalah rakyat dari masa kemasa terutama untuk menarik perhatian rakyat terhadap sikap tidak hormat rakyat dan kerajaan terhadap kekebalan Istana.
Tentulah baginda sendiri menyedari reaksi rakyat yang semakin berani dan melampau untuk menegur pihak Istana atas sesuatu isu yang dibangkitkan.
Ada rakyat yang bergembira kerana Istana telah membuka pintu kepada mereka untuk berintraksi terus dengan Raja tetapi ada rakyat yang melihat bahaya dan akibatnya kelak dalam jangka panjang yang akan menghakiskan sedikit demi sedikit kerhormatan terhadap Institusi Diraja terutama apabila Istana membiarkan diri mereka diperalatkan oleh Perdana Menteri atau pemimpin politik yang desparate.
Bagaimanapun saya sendiri melihat proses ini sebagai positif dan yang sukar untuk dielak dalam dunia siber dan perkembangan sosial negara yang institusi pelajaran dan ilmu berkembang pesat mempercepatkan kemajuan berfikir rakyat kearah tidak lagi menghargai tradisi dan adat Istiadat yang tidak sezaman dengan dunia luar.
Maka itu penyertaan kelarga diraja khususnya Johor dalam arena politik akan membantu kearah mempercepatkan pendemokrasian Institusi Diraja itu sendiri.
Pembangunan Kedaulatan Diraja menerusi decorum dengan segala protokol,adat Istiadat dari pertabalan yang dilambangkan oleh pakaian dan hiasan yang sesuai dengan untuk meninggikan dan membezakan imej di raja dari identiti rakyat bukanlah sesuatu yang mudah tetapi apabila raja-raja tidak lagi menganggap perlu umpamannya dari segi pakaian yang sesuai bagi sesuatu majlis termasuk majlis-majlis agama bagi melambangkan identiti Melayu Islam maka akhirnya rakyat juga merasakan semua itu tidak perlu lagi.( Kamus Merriam Webster memberikan contoh pengertian decorum dalam soal pakaian: Decorums are usually required when attending the opera.
Kesedaran terhadap kuasa rakyat amat tebal didalam jiwa Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahan yang meninggalkan Istana demi untuk berjuang bersama rakyat ntuk kemerdekaan negara walaupun beliau amat prihatin terhadap protokol.
Apabila pulang dari belajar undang-undang di UK,beliau tidak sefahaman dengan abangnya Sultan Kedah Sultan Badlisah tentang kemerdekaan negara. Dalam hubungan ini beliau menulis dalam buku sejarah Utusan Melayu 10 tahun yang antara lain memetik tentang kata-kata Raja Mesir Raja Farouk yang lari ke Rome setelah ditumbangkan oleh rakyat dalam tahun 1952.Farouk berkata:
"Akhirnya dalam dunia ini hanya tinggal cuma lima sahaja iaitu raja England,Raja kelawar,raja sepit,raja deman dan raja lekok."
Apabila saya menemui Tunku dalam masa krisis diantara beliau dengan Sultan Selangor mengenai sekeping tanah di Jalan Duta, Tunku kerana marahnya telah menyatakan pekara yang sama kepada saya,tetapi saya tidak menulisnya.
Saya tidak mempunyai perasaan syak wasangka sedikitpun Tunku Abdul Rahaman berdarah raja tetapi seorang raja yang benar-benar berjiwa rakyat.Apabila menjadi Pegawai Daerah Sg Petani sekembali dari London beliau ditukarkan ke Kulim kerana terlalu rapat dengan rakyat dan di Kulim pun beliau banyak mengambil berat mengenai masalah rakyat.
Eloklah TMJ ikuti langkah Tunku ini demi rakyat.
Nota: Maafkan saya jika terdapat banyak kesilapan ejaan.