
BANTAH UMNO JADI PARTI PERKAUMAN
UMNO malam ini menerima kejutan dan tamparan paling hebat yang diyakini akan membawa kepada kemusnahannya dengan lebih cepat lagi apabila seorang anggotanya yang berintegriti tinggi dan dianggap oleh ramai orang sebagai terbersih diantara yang tidak bersih dalam UMNO ,Datuk Seri Mustapa Mohamed mengucapkan selama tinggal kepada UMNO setelah meanggotainya selama lebih 40 tahun.
Beliau telah dipilih menduduki Majlis Tertinggi UMNO Jun lalu dengan undi tertinggi dan dengan tindakan menggemparkan pemimpin dan ahli UMNO diseluruh Malaysia.
Pastinya ia akan secepat kilat mempengaruhi ahli-ahli UMNO disemua bahagian dan cawangan yang mengenalinya sebagai orang baik dan sangat menhormatinya.
Yang pasti segera akan mengikuti langkahnya ialah Khairy Jamaluddin bekas Ketua Pemuda UMNO yang hanya menunggu dorongan yang kuat.Khairy telah pun dilihat membuat beberapa kenyataan yang tidak sealiran dengan UMNO dan telah dihalau keluar dari UMNO oleh beberapa orang pemimpin UMNO.
Tindakan Mustapa itu mengurangkan satu lagi kerusi Parlimen UMNO yang sek menyamakan kedudukannnya dengan PKR 50-50.
Beberapa orang anggota Parlimen UMNO yang tidak senang dengan kerjasama UMNO PAS juga dijangka akan mengikuti langah Mustapa itu kerana merasa malu UMNO berada dalam keadaan bergantung kepada jubah PAS sekarang ini.
Langkah Mustapa juga memberikan sumbangan moral yang sangat besar kepada PH dan khususnya BERSATU yang dianggap oleh UMNO sebagai tertekan kerana tidak dapat menunaikan beberapa janji dalam manifestonya.
Ia juga memberikan sumbangan kepada pembinaan imej Malaysia Baru yang yang memerlukan keharmonian dan keteguhan masyarakat majmuk Malaysia kerana alasan utama yang diberikan oleh Mustapha keluar dari UMNO kerana UMNO tidak lagi relevan dengan politik masa depan negara ini.
Beliau hilang kepercayaan kepada UMNO kerana UMNO menuju kearah parti perkauman yang bertentangan dengan kepercayaannya selama 40 tahun berjuang bersama-sama dengan kaum lain bagi membina Bangsa Malaysia.
Dalam kenyataanya malam ini Mustapa berkata UMNO tidak boleh bergantung kepada sokongan Malayu dan Bumiputra sahaja untuk kekal relevan di negara ini.
Pandagan ini tentunya dikongsi bersama oleh beberapa orang lagi pemimpin UMNO yang mendukong kepercayaan yang sama tetapi masih adalam keadaan serba salah terutama sekali setelah UMNO bersekongkol dengan PAS yang semakin jelas memerjuangkan pengasingan Islam dari masyarakat majmuk Malaysia dengan menunjukan kebengisan untuk melaksanakan hukum hudud dengan sokongan UMNO dan sikap UMNO mendiamkan diri terhadapan sebatan keatas wanita Islam didepan umum..
NOTA :EJAAN SEDANG DIBETULKAN..