MAHATHIR TOLAK MANIFESTO KAMI TETAPI PAKAI MANIFESTONYA SENDIRI BAGI PILIHANRAYA 1999




Para  wartawan yang sering mengikutinya  terutama keluar negara  lebih mengetahui  samada  Tun Dr. Mahathir  seorang manusia luar biasa ,sangat pintar,lucu dan selesa bagi semua orang.

Saya tidak bersetuju dengan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk meanggapnya sebagai perfectionist kerana perlantikan Syed Saddiq yang terlalu muda sebagai Menteri penuh boleh  dianggap sebagai kesilapannya yang sepatutya didahulukan sebagai Timbalan Menteri.

 Bagaimanapun  kenyataan Syed Saddiq  mengenai perwatakan  Tun adalah tepat semuannya yang  menyanggah anggapan salah  Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail (TMJ)yang memperbudakkannya kerana kenyataan itu.

Saya  anggap Syed Saddiq  pintar dan tajam pandangannya kerana dalam masa yang singkat berada dengan Mahathir telah dapat membaca dengan tepat perwatakannya dan kenyataannya  menampakan kematangannya lebih dari menteri-menteri yang telah berkhidmat bertahun-tahun.Demikian juga dalam beberapa kenyataanya yang lain.Mungkin kerana itu juga Mahathir percaya untuk melantiknnya terus  menjadi menteri penuh.

Saya memberikan suatu contoh ketepatan Syed Saddiq dalam mensifatkan Mahathir   "Tuan Kepada Kerjanya Sendiri" yang menjadi pengalaman saya  bersama beberapa orang lagi yang tidak mungkin akan dapat dilupakan buat selamanya yang berlaku dalam pilihanraya 1999.

Saya mencatitkan pengalaman masam dan manis ini  dalam buku saya Memoir Wartawan Negara( Saya Bukan Menteri)  yang diterbitkn oleh UUM (Universiti Utara Malaysia).Inilah catitan saya dalam Bab 11:

Atas pemintaan Mahathir Jawatankuasa Manifesto 1999 telah dibentuk dengan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO Abdullah Badawi yang dianggotai oleh antara lain Setiausaha Agung UNNO,Mohamed Rahmat, AllahyarhamDr.Nordin Sopiee daripada Institusi  Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS)  ,Abdul Kadir Jasin dari NST dan saya sendiri dari Utusan Melayu.

Apabila dikemukakan drafnya kepada Presiden UMNO Dr.Mahathir untuk pengesahannya beberapa hari sebelum pilihanraya,manifesto itu tidak keluar dari biliknya,tidak dikembalikan kepada kami yang menunggu di luar biliknya lebih dari tiga jam.

Apabila dikembalikan bukanlah manifesto kami tetapi manifesto tulisan tangan 10 muka daripada Dr.Mahathir sendiri yang langsung tidak berasaskan kepada draf kami.Ertinya manifesto kami yang kami  hasilkan menerusi proses perbincangan yang panjang yang memakan masa lebih dari sebulan telah ditolak.

" Biasalah" kata Dr.Nordion Sopiee yang berpengalaman menyediakan beberapa ucapan untuk Dr.Mahathir terutama yang melibatkan pentas antarabangga tetapi tidak dipakai oleh Mahathir..

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :