
Sesiapa yang membaca interviu The Star hari ini dengan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr.Mujahid Yusof Rawa akan nampak jelas visi Dasar Pengislaman(Islamization) dan pembangunan Islam yang akan menjadi pendekatan kerajaan Pakatan Harapan dengan penekanan kepada hak persaorangan dalam kepercayaan agama yang tidak memerlukan sepenuhnya penguasaan undang-undang atau moral policing.
Dibawah polisi ini penangkapan khalwat yang tidak menganggu ketenteraman nilai awam sehingga terpaksa mengetuk pintu hotel mungkin tidak lagi akan diperlukan seperti juga orang Islam yang minum arak di rumah sendiri dan pemisahan lelaki perempuan di lorong bayaran dipusat-pusat membeli belah.
Ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi telah pun termaktub dalam Perlembagaan Negara sejak merdeka tentang ketebatasan , kebebasan dan dan ketertiban.Umpamanya dalam etika pakaian ditempat awam polis sendiri memahaminya.Tidak salah seorang lelaki berseluar pendek atas paras lutut dan juga wanita tidak menutup aurat ikut Islam diiklan,dikaca TV atau ditempat awam.
(Larangan terhadap lelaki berseluar pendek atas paras lutut pernah berlaku semasa Terengganu dikuasai oleh Pas bagi pertama kali)
Menghayati interviu Dr.Mujahid itu maka pada pandangan saya Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir telah membuat pilihan tepat dalam meletakan Dr.Mujahid kejawatan menteri agama kerana beliau adalah memahami dan mempunyai visi untuk mengekalkan cara pendekatan dalam semangat perlembagan negara yang dijuarai oleh Kerajaan Perikatan Pimpinan Tunku Abdul Rahman sehingga kepada Tun Mahathir.
Bagaimanapun dasar telah dicemarkan oleh Regim Najib yang mahu menggunakan agama untuk tujuan politik termasuk untuk bekerjasama dengan PAS dalam melaksanakan hukum hudud yang turut menjadi bantahah bukan Islam dan menyebabkan UMNO dipandang serong oleh bukan Islam.
Dengan pendedahan dirinya sebagai seorang Islamis yang berjiwa besar yang percaya kepada keimanan dan ketahanan diri sendiri dalam masyarakat yang terbuka dan terdedah kepada berbagai anasir yag unIslamic maka saya percaya Dr.Mujahid akan dapat membina masyarakat Islam yang dinamik dan progresif yang percaya kepada nilai-nilai diri sebagai seorang Islam
Dengan itu juga Mujahid mendedahkan dirinya bahawa telah sekian lama beliau menjadi duri dalam daging kepada PAS dan sekarang mahu menjalankan tugasnya untuk mencabut PAS dari terus menjadi duri dalam jasad negara yang akan menjadi cancer dalam keharmonian bangsa.
Orang Islam boleh hidup di dunia Barat yang penuh dengan nilai-nilai kekafiran malah generasi Islam sebelum Malaya merdeka belajar di sekolah-sekolah Kristian tetapi mereka tetap beriman kepada Islam dan tidak menjadi kafir.
Pendekatan-pendekatan Islam yang bengis dan menakutkan menampakan ketipisan keimanan mereka.
Terkini pendekatan Islam yang menyebabkan Islam dipadang rendah oleh bukan Islam ialah menyebat wanita lesbian dihadapan umum termasuk lelaki kerana melakukan kesilapan pertama kali dan menghukum wanita Islam yang miskin yang melacurkan diri di Terengganu.Mereka juga tidak membantah perkahwinan di bawah umur dan membiarkan sekolh-sekolah tahfiz berkembang tanpa kawalan.
Semua ini adalah menampakan pendekatan Islam yang tiada simpati,tidak prihatian dan tanpa kemesraan dan kemanusian.
Walaupun sebagai Menteri Agama Dr.Mujahid berhasrat menyamakan langkah pendekatan Islam yang mesra di seluruh negara tetapi tidak semuanya dalam bidang kuasannya.Bagaimanapun beliau telah menampakan keazaman yang kuat untuk melaksanakannya bila beliau berkata hal itu tidak seharusnya menjadi halangan kerana beliau juga mempuyai kuasa untuk menjalankan dasar yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.
Dengan JAKIM berada di bawah beliau maka saya percaya ia akan dapat membantu Dr. Mujahid unuk menyelaras dan melaksanakan polisi yang sama antara negeri walaupun tidak mudah dan menghadapi penentangan dalaman.
Kata Dr. Mujahid "awak boleh membuat interpretasi sendiri tetapi awak juga mesti menghormati dasar yang akan dijalankan oleh kerajaan sekarang".