TEGURAN PERSAUDARAAN TUN DAIM TERHADAP TUN MAHATHIR.

Bila sahaja Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan,Tun Daim Zainuddin  membuat  teguran terbuka  supaya  kerajaan berhenti  mengungkit  kesilapan kerajaan lalu dengan  sekaligus rakyat  memikirkan bahawa teguran itu ditujukkan kepada Tun Mahathir.

Teguran ini   tepat pada masannya dan dilihat  sebagai teguran  ikhlas dan berani seorang  sahabat kepada sahabat  kerana jika berterusan, kerajaan akan terdedah sebagai  lebih mengutamakan permainan politik dari mengutamakan kerja-kerja untuk rakyat  yang banyak dijanjkan  dalam pilihanraya lalu.

Adalah wajar bagi pemimpin  pembangkang atau UMNO untuk bermain politik kerana mereka dalam keadaan sasau hilang kuasa   tetapi PH tidak seharusnya terperangkap menari mengikut rentak gendang mereka kerana kerajaan boleh membukitkan kesilapan mereka menerusi  proses keadilan sekarang.

Tindakan ini sedang diambil oleh kerajaan bagi memenuhi  harapan paling besar dan paling utama  rakyat dan dirastui oleh rakyat bagi melihat sebuah kerajaan yang bersih cekap dan amanah.

Kesedaran ini ada pada  Tun Dr.Mahathir  sendiri yang dalam jawapannya kepada teguran Tun Daim  berkata  " Let the law take care of that and not us".Tetapi beliau mungkin tidak sedar telah terlanjur.

Rakyat yang menyokong PH sedar bahawa bekas perdana menteri,Datuk Seri Najib bertungkus lumus untuk  membasuh dosanya di luar mahkamah tetapi kerajaan tidak perlu berbuat demikian kerana kerajaan ada hakim dan mahkamah yang diserahan kuasanya oleh rakyat kepada PH apabila mereka mencampakan keluar  Najib dari kerajaan kleptocracy yang dikuasainya.

Kalau kerajaan juga mahu  menegakan kebenarannya menerusi politik maka kerajaan   akan terlihat sebagai menyalahgunakan kuasa dan tidak yakin kepada kuasa yang telah diberikan oleh rakyat.

Langkah segera kerajaan untuk mendedah,menangkap dan membicarakan perasuah dan perompak negara tidak sahaja dari kalangan politik tetapi juga pegawai-pegawai tinggi kerajaan selepas sahaja bekuasa dilihat oleh rakyat sebagai telah memenuhi harapan utama mereka dalam menunaikan janji utama manifesto PH yang mendorongkan mereka  memberikan undi kepada PH.

Rakyat yang rasional dan waras  dapat befikir bahawa kerajaan tidak mungkin akan dapat menunaikan semua janjinya dalam masa enam  bulan tetapi mereka diyakinkan oleh keupayaan kerajaan   mengemukakan belanjawan pertama 2019  yang boleh diharapkan  untuk membetulkan kesilapan lalu terutama dalam penjimatan wang negara dari pengurangan rasuah dan penilaian semula projek-projek mega.

Sekarang rakyat telah mengenali syarikat-syarikat besar yang berpengaruh yang menipu kerajaan dengan harga yang dilipat gandakan dan membohongi kerajaan dengan menggunakan alasan ribuan pekerja mereka akan hilang kerja.


Tindakan-tindakan yang lebih tegas tanpa tolak ansur keatas pihak  birokrasi kerajaan yang selama ini  dikenali  sebagai ladang rasuah terutamanya Polis Diraja Malaysia,Jabatan Imigrasi dan Jabatan Pengangkutan akan merawat perasaan rakyat yang terpendam  sekian lama.

Pembaruan cara kerja wakil- wakil rakyat dalam mendekati rakyat tanpa kemegahan gelaran datuk dan sebagainya, baju korporat  dan baju batik tetapi lebih dalam sikap dan pakaian  rakyat biasa tanpa majlis dan sambutan rasmi dan mengenali masalah harian mereka akan mengalahkan perasaan kekecewaan rakyat dalam menunggu faedah dari projek-projek mega kerajaan yang menelan belanja berjuta atau berbilion ringgit.

Kerajaan tidak seharusnya meanggap rakyat yang telah berkorban masa dan tenaga dengan sukarela malah ada yang sanggup mengumpul wang untuk pulang  dari luar negara bagi mengundi untuk jatuhkan  kerajaan rasuah Najib Rosma, akan mudah terpengaruh dengan drama Bugis yang tida pernah kelihatan jati diri rakyat biasa.

Nota:
Maaf atas kesilapan ejaan dalam posting terdahulu.


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :