Blogger Another Brick In Walls, telah memberikan gambaran bahawa sesuatu yang menggemparkan akan berlaku pada 02/01/18...
Apa yang beliau maksudkan...
Mengikut sumber2 yang sahih, Majlis Raja2 Melayu di katakan telah bersidang untuk menentukan pengganti DYMM SPB YDP Agong Ke 15, Sultan Muhammad V...
Di maklumkan, DYMM Sultan Muhammad V akan berundur dari menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai SPB YDP Agong atas alasan kesihatan baginda yang tidak mengizinkan...
Kalau mengikut penggiliran, selepas Sultan Kelantan menjadi YDP Agong, maka seterusnya adalah giliran DYMM Sultan Pahang untuk di lantik sebagai YDP Agong...
Namun di sebabkan oleh masaalah kesihatan, baginda Sulran Pahang, di khabarkan telah pun menolak penggiliran tersebut dan bersetuju untuk menyerahkan takhta kepada pengganti seterusnya iaitu DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor...
Namun ada pula sumber lain yang mengatakan, sebab utama DYMM Sultan Muhammad V berundur adalah kerana desakan dan sindiran yang telah di tulis oleh Perdana Menteri, Dr. Mahathir di dalam laman blog beliau, Chedet.com...
Sejarah Mungkin Berulang
Gambar di atas adalah Almarhum Tunku Sultan Iskandar dari Johor ketika menjadi DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dari tahun 1984 ke 1989...
Almarhum menjadi Agong ketika Dr. Mahathir PM ke 4...
Almarhum Sultan Abdul Halim Kedah menjadi Agong ketika almarhum Tun Abdul Razak adalah PM dan sekali lagi, ketika anak Tun Razak, Dato Seri Najib pula...
Sejarah hampir sama tetapi terbalik mungkin berlaku...
Perdana Menteri yang sama pernah berkhidmat dengan Al Marhum Tunku Iskandar akan memberikan khidmat kepada anakanda Al Marhum Sultan Iskandar iaitu Sultan Ibrahim...
Bolehkah Dr. Mahathir Berkhidmat Di Bawah Sultan Iskandar
Bukan rahsia lagi, hubungan antara Dr. Mahathir dengan Sultan Johor bukanlah satu hubungan yang mesra, yang boleh mengujudkan suasana yang baik untuk berkerjasama...
Bermula dari isu penghinaan bangsa Bugis dan berlarutan hingga isu Forest City, hubungan Dr. Mahathir dan Sultan Johor menjadi semakin tegang...
Di khabarkan, Dr. Mahathir akan cuba melakukan apa saja untuk menghalang Sultan Johor dari menjadi YDP Agong ke 16...
Apa pun keadaannya, Dr. Mahathir harus sedar, Perdana Menteri tidak mempunyai apa2 kuasa untuk mengubah atau mempengaruhi ketetapan yang telah di buat oleh Majlis Raja Raja, apa lagi untuk menentukan siapakah yang akan menaiki takhta sebagai SPB YDP Agong...
Sebagaimana yang sering Dr. Mahathir laungkan, Raja2 Melayu tidak seharusnya mencampuri urusan pentadbiran kerajaan maka Dr. Mahathir sendiri sebagai pemimpin TIDAK BOLEH mencampuri urusan Majlis Raja Raja apatah lagi memang Dr. Mahathir TIDAK mempunyai kuasa yang sah di bawah perlembagaan untuk melakukan demikian...
Walaupun agak menyulitkan kepada Dr. Mahathit dalam melakukan pentadbiran, teguran dan nasihat yang baik harus di terima dengan ikhlas dan hati terbuka...
Ini ketentuan Allah yg juga menentukan kewujudan, hayat, rezeki dan untung nasib di dunia dan akhirat...
Harap Dr. Mahathir terima dengan hati terbuka sebagai mana majoriti rakyat terima keputusan PRU dengan hati terbuka...