Jangan Keluar Kenyataan Bodoh, Pesan Daim Buat Menteri PH


Semalam dalam Rancangan Perspektif Tun Daim yang disiarkan di Astro Awani, sekali lagi Tun Daim menegur Menteri-Menteri Kerajaan PH.

Dan ini adalah kali ketiga beliau menegur Menteri-Menteri Kerajaan PH ini..

Pada bulan Januari, Daim menasihati menteri untuk tidak bertengkar dalam kalangan mereka di khalayak ramai kerana ini akan membuatkan rakyat kecewa dengan kerajaan.

Kemudiannya pada bulan Mac beliau berkata, Menteri tidak cukup menerangkan dasar kerajaan kepada rakyat.

Semalam Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin menasihati menteri kabinet untuk berbincang terlebih dahulu dengan Setiausaha Akhbar masing-masing sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Kalau nak buat kenyataan, bincang tengok apa kesannya, bincang dengan pegawai kemudian bincang dengan menteri. Bukan seronok-seronok buat kenyataan,” katanya dalam satu wawancara tersebut.

“Kalau positif keluar kenyataan, kalau negatif jangan keluar kenyataan, kalau negatif nak umum juga, bodohlah,”

Selain itu Tun Daim juga mempersoalkan tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang telah menghantar terlalu banyak notis cukai pendapatan kepada ramai orang

Katanya "Notis cukai pendapatan yang terlalu banyak dihantar kepada orang ramai membuatkan rakyat takut berbelanja hingga menyebabkan ringgit mengalami kejatuhan"

Daim berkata perkara itu diburukkan lagi apabila penghantaran notis cukai itu diumumkan kepada orang ramai hingga menyebabkan mereka takut berbelanja.

"Income tax tak perlulah kacau orang. Kalau hantar notis mereka takut nak belanja, patut jangan kacau rakyat..

Video berkenaan sila lihat di SINI

Subscribe to receive free email updates: