Kita Sibuk Dengan Covid-19, Setpol Muhyiddin, Saiful Adli, Sibuk Jual Ladang PT Pinang Witmas Sejati (PWS) Milik Kerajaan Perak Pada Taukey Cina Bawah Harga Pasaran!!!


Teman ingat lagi masa Muhyiddin umumkan senarai menteri kabinet Pakatan Harapan, dengan poyo dan senyum simpul, Muhyiddin beritahu semua yang dilantik dalam Kerajaan Perikatan Nasional telah menjalani penapisan yang sangat ketat bagi memastikan mereka semua bersih dan suci, sesuci embun pagi gamaknya.

Selepas Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, maka dilantiknya, Saiful Adli Mohd Arshad sebagai Setiausaha Politik.

Mungkin bagi Muhyiddin, dalam PPBM, nie lah antara manusia yang suci daripada najis.

Siapa Saiful Adli nie, kenapa Muhyiddin boleh lantik dia jadi Setpol Muhyiddin?


Saiful Adli pernah menjadi Pengarah Pemilihan PPBM Perak dahulu yang viral videonya menipu dalam kiraan undi!!!

Selepas Pakatan Harapan memerintah di Perak, beliau juga telah dilantik sebagai  Pengerusi Ladang Lekir Sdn Bhd (LLSB).

Untuk makluman, LLSB memegang 60 peratus saham PWS, manakala 40 peratus dipegang oleh PT Timitra Sumberbuana. LLSB adalah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPNP).

Mantan ADUN Slim, Allahyarham Dato’ Khusairi Abdul Talib Adun Slim yang menjadi Pengerusi LLSB (2009-2018) pernah merayu kepada seluruh rakyat Malaysia pada tahun lalu supaya mempertahankan ladang seluas 15,000 hektar yang diusahakan sejak 1995 (zaman Tan Sri Ramli Ngah Talib sebagai MB Perak)  ini supaya tidak dijual kerana PT Pinang mampu menghasilkan pendapatan bersih di antara RM20 juta hingga RM25 juta setahun  sejak 10 tahun yang lalu. 

Pendapatan inilah dikatakan menyelesaikan semua kos keseluruhan pengurusan SADC Perak sejak 10 tahun lalu.

Pada tahun 2007, nilai keseluruhan ladang tersebut adalah sekitar RM1.03 billion.

Namun sebaik sahaja Saiful menjadi Pengerusi, LLSB telah menawarkan harga jualan sebanyak RM 493juta ~ RM 534 juta sahaja.

Taiko Plantation melalui kenyataannya kepada Bursa Malaysia yang disiarkan oleh The Edge pada 20 April 2020, mengesahkan bahawa KLK akan membeli 60 peratus pemilikan saham ladang PWS dengan harga RM 342 juta sahaja.

Ini bermakna, harga jualan yang telah dipersetujui hanya 35 peratus sahaja daripada nilai yang dinyatakan oleh Allahyarham Khusairi!!!

Apabila media melaporkan kenyataan berani Allahyarham Khusairi sekitar Julai 2019, MB Peja, Saiful dan CEO PPPNP, Tuan Haji Yahanis Yahya mengunci mulut. 

Namun rundingan terus berjalan dan perkara ini disahkan The Edge dalam laporan April 2020, ketika seluruh dunia sedang fokus kepada Covid-19 dan rakyat Malaysia sedang dalam PKP.



Persoalan kenapa begitu terdesak hendak menjual ladang Palembang ini kepada Taiko Plantation/KLK sehingga harga yang ditawarkan adalah jauh di bawah harga pasaran?


Dilapurkan PT. Trimitra Sumberbuana sendiri amat tidak bersetuju LLSB melepaskan pegangan saham mereka kepada Taiko Plantation kerana tidak selesa dengan cara bakal pembeli saham mahu menguasai  ladang tersebut?

Bapak Kepala, Pak Sunarjo Musa, Direktur Utama PT. Trimitra Sumberbuana sudah melahirkan kekesalan dan berusaha keras untuk mendesak LLSM jangan menjual  ladang PWS kepada tauke Cina ini yang dianggap tidak sesuai dengan situasi pandemik Covid-19 ini?

Benarkah khabar bahawa LLSB memberitekanan serius dan memaksa rakan mereka di Indonesia itu supaya bekerjasama menerima Taiko Plantation/KLK kerana difahamkan LLSB telah mempunyai perjanjian dengan Taiko Plantation/KLK.?

Apakah akan terjadi satu hubungan dingin dan kurang percaya kerajaan Indonesia terhadap syarikat perladangan Malaysia, jika PT. Trimitra membawa isu ini kepada penguasa tempatan Indonesia seperti Pejabat Tanah dan PEMDA?

Muhyiddin, Peja, Saiful dan Yahanis yang sedang seronok dengan rumah baru yang telah diubahsuai dengan kayu mahal serta bergaya dengan koleksi kereta mewah setelah jadi CEO PPPNP tak sampai dua tahun mesti jawab segala persoalan yang timbul!!!

Seorang lagi yang merupakan penjilat tegar Yahanis, Muhd. Kahar b. Mukktarudin (No. IC 700809-085385) yang dulu diterajang dari Perak ke Indon oleh PPPNP era Dato’ Rizal kerana tidak disenangi perangainya juga jangan buat-buat bodoh.

Biar sama-sama menjawab, ibarat pepatah Melayu, hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah!!!

SPRM mesti membuka kertas siasatan kerana ladang tersebut bukan milik mereka, tetapi milik rakyat Perak serta terdapat pelbagai keraguan didalam urusan jual beli ini.


Ibarat ayam jantan yang kokok berderai-derai, tapi ekor sendiri bergelumang tahi, itulah perangai sebenar PPBM.

Menuduh UMNO perompak, tetapi mereka jauh lebih rakus menyamun harta rakyat dan negara.

Kalau tidak percaya, cuba fahamkan baik-baik maksud Memo SDalaman yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin.

Yang keluarkan memo tu, dah kemas kinikan akaun dan aliran tunai ker belum, Perikatan Nasional dah hampir sangat dengan penghujung jalan, takut tak sempat nanti!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :