Puteri Gunung Ledang Tak Takut Mati..!

 

Heboh semalam di Dewan Rakyat ~ isu hikayat Puteri Gunung Ledang & Kebiadapan MP Bintulu yang mengatakan DG tak turun ke bawah kerana takut mati..!

Cerita mudahnya gini, Tiong Bintulu ni selain MP, dia juga ahli perniagaan yang berjaya dengan memiliki duit katanya beribu juta. Tak heran bukan main cepat Shahidan backup beliau semalam.

Sebagai MP dan ahli perniagaan tentulah sesuatu yang menggegarkan perlu untuk dijadikan sebab akan 'kewujudan' beliau di Parlimen. Mesti cipta sesuatu yang ekstrim baru ada wow faktor. Anjing gigit orang biasa, tapi jika orang gigit anjing tentu luar biasa...! Tak gitu?

Menghentam Tan Sri DG Kesihatan pasti akan memberikan impak..!

Malangnya baju beliau sebagai wakil rakyat GPS. Imej Gabungan Parti Sarawak sudah tentu tercalar di mata rakyat terbanyak. Tiong dan parti GPS sejak semalam menjadi 'lauk' yang cukup laris di bakul sampahkan oleh rakyat. Lebih malang GPS di Semenanjung lebih dilihat sebagai sekutu Barisan Nasional@BN.

Tindakan Tiong ini hanya menambah benci dan meluat rakyat kepada GPS/BN terutama warga Sarawak yang bersedia untuk menghadapi PRN sebelum Ogos 2021.

Keduanya, isu hikayat MP Pasir Mas, sejak semalam bukan main lumat lagi YB ni jadikan sambal di lesung lesung batu pemain media massa terutama para machai Najib yang di lihat mengambil isu ini terlalu peribadi.


Realitinya, berpolitik ini beroganisasi. Kita boleh berbeza pendapat namun jangan lah ianya dijadikan batu loncatan dan sebab untuk menzahirkan kemarahan. Ahli di bawah keliru, nak berpeluk ke nak bertumbuk?

Pekan sudah menyuarakan pandangan, semalam giliran Pasir Mas menyuarakan pandangan. Kalau pun ada isu berbangkit tidak perlulah sampai meretakkan hubungan yang sedia terjalin di dalam Muafakat Nasional.

Ketua Parti masing masing boleh memainkan peranan untuk menjernihkan keadaan dan bukannya mengapikan lagi isu hingga boleh menjejaskan kesepakatan. Mungkin Anuar Musa dan Takiyuddin boleh menyejukkan keadaan. Tapi para machai kena sejukkan kepala dan berlapang dada.

UMNO dan PAS pernah menetapkan sasaran bahawa kesepakatan kedua parti akan mengembalikan tak kurang 28 kerusi Parlimen didalam PRU yang akan datang. 

Kalau MN di rosakkan oleh para machai@hamba sahya hanya kerana mahu membuktikan jilatan siapa yang lebih licin dan berair kepada tuhan politik mereka, susah la kita nak beroganisasi.

Jawab lah dengan akal yang waras, kalau PAS keluar dari MN dan terus kekal dengan PN apakah ianya menguntungkan UMNO dan Barisan Nasional?

Yang jelas untung para machai dan hamba sahya yang terus  berkepuk dengan dedak baik sebelum 9 Mei 2018 sampai la ke hari ini selagi tuhan politik mereka terus bernafas.

UMNO dan BN sesak nafas atau mati sekalipun machai apa peduli?

Machai Siapa?

Lu Fikir La Sendiri..!


Subscribe to receive free email updates: