Steady Abang Joe Berani Tunjuk Telur..!

 


Tahniah kepada YAB Ketua Menteri Sarawak dan kepimpinan kerajaan negeri yang berjaya menyuntik semangat kakitangan kerajaan negeri dan pusat dalam pembentangan bajet negeri semalam.

Penjawat awam Sarawak akan menerima insentif bonus sebulan setengah gaji atau minima RM2,000.
Manakala bagi penjawat awam Persekutuan, kesemua mereka akan menerima RM500 tambahan daripada bonus Kerajaan Pusat.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bayaran bonus bagi kakitangan awam Sarawak akan dibayar sebelum penghubung tahun ini.
“Manakala bonus RM500 bagi penjawat awam Persekutuan akan dibayar menjelang suku pertama tahun 2021,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan Belanjawan Sarawak 2021 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Jumaat.
Tambah Abang Johari, Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat menghargai sumbangan, pengorbanan dan komitmen kakitangan awam negeri dan Persekutuan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab secara profesional ketika tempoh mencabar ini.
“Semasa Pandemik COVID-19, penjawat awam Persekutuan dan negeri termasuk doktor, jururawat, pekerja kesihatan, badan beruniform, Jabatan Imigresen, dan petugas barisan hadapan telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk melindungi rakyat,” tambahnya.

Sesetengah pemimpin ni bercakap berapi api, tapi bila nak menunai janji mula lah kencing berdiri sambil berlari lari..!

Selain daripada itu, bajet yang merangkumi setiap rakyat dengan pemberian bantuan untuk setiap ketua isi rumah dan orang bujang juga menyebabkan pembangkang semakin senak telur.

Abang Joe membuktikan bahawa kerajaan Sarawak di bawah kepimpinannya terus memperkasa sebuah kerajaan negeri yang berdaulat dengan mengutamakan apa jua yang menjadi hak dan kepunyaan Sarawak perlu diterima dengan adil dan saksama. 

Abang Joe jelas membuktikan bahawa kerajaan GPS bercakap serupa bikin, bikin serupa cakap. Tak payah retorik. GPS bukan sahaja membuktikan mereka kerajaan yang ada 'telur' malah telur yang ada pun gred 'A'. 

Rasanya telur pembangkang di Sarawak yang semakin kecut dan menanti gugur..! Tunggu PRN nanti..!

Tak percaya??? Lu Fikir La Sendiri..!


Subscribe to receive free email updates: