KANDAHAR: Sekurang-kurangnya 20 polis Afghanistan terbunuh awal hari ini, apabila pejuang Taliban menyerbu pelbagai pos keselamatan di wilayah bergolak selatan Zabul, kata pihak berkuasa ketika militan meningkatkan serangan musim bunga.
Pihak berkuasa tempatan membuat panggilan kecemasan kepada stesen televisyen Afghanistan untuk mendapatkan perhatian oleh kerana gagal mendapatkan bantuan di peringkat atasan.
Serangan terancang itu menyerlahkan satu lagi tamparan hebat terhadap pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) disokong tentera Afghanistan.
Ia berlaku hanya sebulan selepas Taliban membunuh sekurang-kurangnya 135 anggota keselamatan di wilayah utara Balkh, serangan terburuk militan ke atas pangkalan tentera Afghanistan. AFP