3 Cedera Gempa Bumi Di Sulawesi


JAKARTA: Satu gempa bumi kuat dan cetek yang menggegarkan wilayah tengah Sulawesi Indonesia malam semalam, mencederakan sekurang-kurangnya tiga orang dan merosakkan beberapa rumah serta bangunan.

Tinjauan Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa 6.8 magnitud itu berpusat di kawasan kurang penduduk sejauh 79 kilometer dari tenggara ibu kota wilayah Palu pada kedalaman 9.1 kilometer.

Agensi Bencana Nasional berkata, bangunan rosak di Poso, bandar dari tenggara pusat gempa dan sejumlah kediaman serta gereja juga rosak di perkampungan berhampiran.

Katanya, sekurang-kurangnya tiga penduduk kampung dimasukkan ke hospital akibat cedera di kepala.

Agensi itu menghantar gambar kerosakan di Poso menerusi Twitter. Satu menunjukkan bangunan runtuh manakala satu lagi kedai runcit bersama barangan berselerak di atas lantai.

Agensi Meteorologi, Kajicuaca dan Geofizik merekodkan 14 gempa susulan sehingga magnitud 5.2, juga pada kedalaman cetek.

Gempa cetek sering menyebabkan lebih banyak kerosakan di permukaan bumi namun tidak memberi potensi tsunami. -AFP

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :