RIYADH: Istana Arab Saudi hari ini mengumumkan abang Raja Salman, Putera Mishaal Abdulaziz Al Saud meninggal dunia.
Menurut istana, Putera Mishaal, 93, adalah ketua Majlis Kesetiaan yang ditubuhkan bagi mengendalikan proses penggantian raja di negara itu.
Majlis itu dianggotai anak lelaki dan cucu pengasas Arab Saudi, iaitu Allahyarham Raja Abdulaziz, yang mengundi secara rahsia untuk memilih raja dan putera mahkota dalam kalangan mereka.
Takhta sistem beraja Arab Saudi diwarisi anak lelaki Raja Abdulaziz sejak berdekad yang lalu.
Sementara itu, Putera Mishaal pernah berkhidmat dua kali sebagai Menteri Pertahanan iaitu pada akhir 1950-an dan awal 1960-an.
Pihak istana dalam kenyataan disiarkan agensi Saudi Press berkata, pengebumian akan diadakan di Makkah. - AP