Ahok Mahu Bersara Dari Politik


JAKARTA: Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama memberitahu, dia bakal bersara daripada politik selepas tempoh perkhidmatannya tamat pada Oktober ini.

Basuki, 50, atau dikenali sebagai Ahok berkata, selepas melepaskan jawatannya sebagai gabenor dia tidak akan memasuki mana-mana pertubuhan politik atau menjadi menteri.

“Saya sudah putuskan, apabila selesai sahaja ini (lepas jawatan) saya akan menjadi peguam sahaja.

“Tidak mahu sertai parti politik, tidak mahu jadi menteri dan tidak mahu jadi pegawai presiden. Semuanya tidak,” katanya kepada portal Detik.com semalam.

Tempoh perkhidmatan Ahok akan tamat Oktober ini dan apabila gabenor baru Jakarta mengangkat sumpah jawatan.

Ahok sebelum ini tewas dalam pilihan raya Gabenor kepada bekas menteri pendidikan, Anies Baswedan.

Walaupun popular dalam kalangan penduduk, Ahok tumpas selepas dituduh dan didakwa di mahkamah atas tuduhan menghina agama Islam.

Ahok yang beragama Kristian dan dari etnik China adalah Naib Gabenor Jakarta sebelum secara automatik dilantik menjadi gabenor selepas penyandangnya, Joko Widodo menang pilihan raya presiden pada 2014.

Dia juga menolak dakwaan akan bertanding untuk jawatan naib presiden Indonesia pada pilihan raya presiden 2019 nanti.

“Mahu jadi gabenor juga sukar apatah lagi mahu menjadi naib presiden. Orang kafir (bukan Islam) mana boleh menjadi pemimpin di sini,” jelasnya. - Agensi

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :