Pimpinan Pemuda Amanah dan penyokong pergi ke pejabat perdana menteri untuk menyerahkan memorandum menyuarakan kebimbangan mengenai hutang syarikat milik kerajaan itu.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Muhammad Faiz Fadli berkata isu berkaitan 1MDB akan diajukan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Majlis Raja-Raja dalam masa 10 hari.
Pimpinan Pemuda Amanah dan penyokong pergi ke pejabat perdana menteri dan menurut Faiz memorandum diterima pembantu Najib, Nik Mohd Hussin.
Faiz menyoal kelewatan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam jejak wang 1MDB.
“Mengapa polis dan SPRM belum mengambil tindakan terhadap Riza Aziz (anak tiri Najib), Jho Low (ahli perniagaan tempatan) dan wang yang dihantar ke Aabar (BVI). Mana mereka?” soal Faiz.
Beliau merujuk kepada penyelesaian antara 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC) sebelum prosiding timbang tara di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London.
1MDB sebelum ini mendakwa ia membayar anak syarikat IPC, Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI) yang berdaftar di Pulau Virgin British, sejumlah RM3.51 bilion antara 2012 dan 2014, tetapi IPIC menafikan perkara itu tahun lepas, mendakwa pihak mereka tidak terima wang itu.
“1MDB mendakwa mereka sudah membuat pembayaran tetapi mengapa 1MDB bersetuju untuk membuat pembayaran lain?
“Tempoh 10 hari yang kami berikan kepada beliau sudah memadai untuk menjawab kepada orang ramai. Ia melibatkan dana rakyat dan Najib perlu memberi penjelasan kepada rakyat. Kami mahu penjelasan yang kukuh dan boleh dipercayai daripada beliau,” kata Faiz.
“Kami bimbang akan pembayaran lain ini. Ia melibatkan wang yang banyak. Bagaimana hutang akan dilangsaikan?” katanya, dan menambah keadaan ini berlaku ketika rakyat Malaysia dihimpit kos hidup yang tinggi.
Read More / Baca Lagi >>