Kerajaan China dikatakan enggan meluluskan perjanjian firma milik negara itu dengan Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang berpangkalan di Johor Iskandar Waterfront Holdings (IWH) untuk mengambil alih 60 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia, lapor Wall Street Journal.
WSJ melaporkan 1MDB masih belum mengemukakan penyata kewangan bagi tahun 2015 atau 2016, jadi keadaan kewangan semasanya adalah tidak jelas.
“Namun, kegagalan ushasama itu mungkin menambah tekanan kepada Najib, yang juga menteri kewangan, untuk mencari cara lain membayar hutang 1MDB,” kata laporan itu.
WSJ juga mendakwa melihat dokumen dalaman daripada kementerian kewangan Malaysia, yang kononnya menyatakan bahawa sebab utama kegagalan ushasama itu adalah bahawa kerajaan China enggan memberikan lampu hijau kepada China Railway Engineering Corporation (CERC) untuk membuat pelaburan.
Akhbar tersebut juga mendakwa bahawa “sumber yang rapat dengan perkara itu” telah mengesahkan perkara berkenaan.
“Dokumen Kementerian Kewangan mengatakan bahawa konsortium itu diberikan 12 lanjutan, dengan yang terakhir luput pada 30 April ..,” katanya.
WSJ berkata pejabat Perdana Menteri dan 1MDB tidak bertindak balas terhadap permintaan mereka untuk mendapatkan ulasan, manakala pejabat maklumat kerajaan China juga tidak menjawab.
Malaysiakini tidak dapat untuk mengesahkan kesahihan dakwaan dalam laporan ini.
Semalam, TRX City Sdn Bhd, yang dimiliki oleh kementerian kewangan, dalam satu kenyataan berkata bahawa perjanjian jualan saham (SSA) yang dimeterai pada 31 Dis 2015 dengan konsortium berkenaan telah luput.
Read More / Baca Lagi >>