Menurutnya, jika diberi peluang, beliau ingin jawatan tersebut kerana mahu siasat 1MDB dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Seorang pengguna Facebook, Din Jebat menyokong hasrat Rafizi.
"Beliau (Rafizi) bijak menggali penyelewengan dengan fakta-fakta yang diperlukan, pandai menilai antara komen membina dan juga komen sampah. Kematangan beliau juga di mana tidak melayan 'sampah-sampah' yang tidak inginkan kebersihan," katanya.
Pendapat tersebut turut disokong oleh seorang lagi pengguna Facebook, Sahlah Amin yang menyokong penuh hasrat Rafizi itu.
"Sokong sebab beliau adalah orang yang pintar, cerdik matematik dan akaun, pandai pula berbicara dan berdebat dengan musuhnya siap disertakan dengan buktinya sekali. Beliau akan cari bukti hingga ke lubang cacing, sebab itu musuh takut dengannya," katanya pula.
Pengguna Facebook, Rahman Cho pula meminta agar Rafizi menyiasat semua menteri-menteri di Malaysia ini.
"Terbaiklah, siasat dan audit semua ahli politik dan menteri-menteri atas kekayaan melampau mereka," katanya.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang mengkritik hasratnya itu dengan mendakwa berhenti cari kesalahan orang lain.
"Mencari kesalahan orang lain memang senang, hari ini kau dedah keburukan dan aib orang, esok lusa nanti, aib kau pula yang terdedah," kata pemilik Facebook, Jaslan Jaslan.
Bagi Roslan Salleh Roslan pula, beliau beranggapan bahawa pembangkang sudah ketandusan modal untuk dibangkitkan.
Read More / Baca Lagi >>