Adun Permatang Pasir sudah lama mendengar desas desus kononnya PAS tidak akan meletaknya sebagai calon pada PRU-14
Mohd Salleh yang merupakan Adun Permatang Pasir, berkata beliau sudah lama mendengar desas desus kononnya PAS tidak akan meletaknya sebagai calon pada PRU-14.
“…(saya) dengar lama dah. Tetapi bagi saya yang bukan seorang pimpinan parti, saya tak ada komen pasal isu itu. Saya serah kepada parti untuk buat keputusan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Salleh berkata pada masa ini, beliau akan terus berkhidmat sebagai Adun Permatang Pasir dan berharap kerajaan Pulau Pinang akan sentiasa menyokongnya dalam menjalankan tanggungjawab tersebut.
“Saya harap, kerajaan negeri tidak terlepas pandang dan sentiasa beri perkhidmatan yang baik khususnya di Permatang Pasir. Saya akan bertugas seperti biasa di Permatang Pasir dan akan terus berkhidmat sehingga habis tempoh,” kata yang dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang juga pengerusi Zakat Pulau Pinang itu.
Sebelum ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan Pulau Pinang akan mengadakan perjumpaan dengan Mohd Salleh bagi membincangkan kedudukannya dalam pentadbiran negeri berkenaan.
Lim dilaporkan berkata beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu sebelum berbincang dengan Mohd Salleh, namun mengakui hubungan kerajaan negeri dengan Adun berkenaan masih baik seperti dahulu.
Read More / Baca Lagi >>