Konsortium itu adalah usahasama antara Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang berpangkalan di Johor dan China Railway Engineering Cooperation (CREC).
"Adakah 1MDB akan mengembalikan bayaran deposit, atau adakah MOF (kementerian kewangan) perlu sekali lagi menyelamatkan 1MDB dengan mengeluarkan RM741 juta hasil kemelut hartanah 1MDB?" soalnyta dalam satu kenyataan.
Pua berkata demikian ketika mengulas pengumuman TRX City Sdn Bhd melalui satu kenyataan semalam bahawa perjanjian jualan saham (SSA) yang dimeterai pada 31 Disember, 2015, dengan konsortium itu, telah luput selepas ia gagal untuk membuat pembayaran di sebalik beberapa lanjutan yang diberikan,
Sambil menyifatkan pengumuman itu sebagai tidak mengejutkan, Pua berkata beliau sebelum ini mempersoalkan alasan di sebalik cadangan penjualan ekuiti itu kepada sebuah konsortium dengan jumlah aset bersih sebanyak hampir RM3.8 bilion atau kurang daripada separuh nilai urus niaga berkenaan.
"Bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2015, keuntungan bersih syarikat itu, sebelum cukai hanya RM170.4 juta.
Pua menegaskan bahawa beliau telah mengemukakan soalan tambahan di Parlimen mengenai status projek itu pada November tahun lalu dan April tahun ini.
Jawapan yang diberikan, katanya, hanya mendedahkan bahawa konsortium IWH akan membayar faedah 6 peratus ke atas pembayaran yang belum dijelaskan sehingga jumlah berkenaan dibayar sepenuhnya pada 2023.
Dengan penamatan perjanjian itu, Pua berkata kementerian kewangan kini terpaksa menangung faedah sukuk RM2.4 bilion yang diambil oleh 1MDB bagi projek Bandar Malaysia.