Media Pembangkang Kata RM42 Bilion 1MDB Sebenarnya Tak Hilang, Jadi Selama Ini Bohong Ke?



KUALA LUMPUR: Dalam merungkai pertikaian antara pembayaran dividen 1MDB kepada International Petroleum Investment Company (IPIC), media The Edge Singapura mendedahkan dana RM42 bilion yang sebelum ini dikatakan dicuri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya tidak hilang.

Dakwaan yang digunakan pelbagai pihak termasuk pemimpin pembangkang untuk mengkritik kerajaan kononnya 1MDB dijadikan 'cash cow' Najib dipadamkan oleh laporan The Edge yang disiarkan akhbarnya edisi 1 Mei 2017.

"Penyelesaian, hasil rundingan antara pihak Malaysia oleh Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy (bawah .4) dan Datuk Amhari Efendi Nazaruddin (bawah. 5) dari Pejabat Perdana Menteri telah mengurangkan ketegangan antara Malaysia dan Abu Dhabi. Pada 2020, akan ada satu lagi penyelesaian oleh 1MDB dan IPIC bagi pertikaian US$3.5 bilion).

"Walaubagaimanapun, patutkah tiada tindakan dikenakan terhadap salahlaku yang mencetuskan skandal ini pada awalnya? Sebagai analogi - jika seseorang eksekutif menggunakan dana syarikat secara tidak sah tetapi memulangkannya dana tersebut semula, adakah itu bermaksud mereka tidak melakukan jenayah?" lapor The Edge.

Lantaran itu, jelaslah isu 1MDB, RM42 bilion hilang dan sebagainya adalah pertikaian dalaman syarikat dan tiada kaitan dengan Najib sepertimana yang dilakukan pembangkang selama ini.

Isu ini menjadi buah mulut bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di setiap siri jelajah ceramahnya serata negara untuk menghasut rakyat bahawa Najib mencuri duit negara menerusi 1MDB.

Bagi bekas pengarang akhbar The New Straits Times (NST) Datuk Ahirudin Attan, The Edge mengutarakan pertanyaan yang adil kerana jenayah tanpa mengira darjah perlu dikenakan hukuman, kerana salah tetap salah.

"Tetapi mengapa kamu membuat segala tuduhan kepada Perdana Menteri dan menimbulkan isu RM42 bilion?

"Adakah The Edge sekarang mengakui bahawa tiada duit yang hilang?" soal Ahiruddin dipetik blognya, Rockybru.com.

Selain menuduh Najib mencuri duit rakyat, Dr Mahathir juga mendakwa Perdana Menteri menjual negara menerusi pelaburan negara China di Bandar Malaysia serta di Forest City, Johor Bahru.

Dr Mahathir yang kini bersama pakatan pembangkang selaku Penasihat Pakatan Harapan dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga menuduh kerajaan menjual tanah dan kedaulatan negara kepada China.

Pemaju projek Bandar Malaysia, TRX City Sdn Bhd semalam mengumumkan projek seliaan 1MDB itu kini 100% milik kerajaan persekutuan dibawah Kementerian Kewangan ekoran pembatalan perjanjian syarikat China yang gagal membuat bayaran pelaburan membeli saham Bandar Malaysia.

Menurut TRX City, China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC) sepatutnya membuat pembayaran untuk bekerjasama dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) bagi membeli 60% pegangan Bandar Malaysia.

Perjanjian yang termeterai pada 31 Disember 2015 itu walaubagaimanapun gagal dilunaskan CREC walaupun tempoh lanjutan diberikan.

TRX City juga, dalam masa terdekat ini akan mempelawa pihak yang berminat sebagai pemaju induk Bandar Malaysia dengan pemilikan penuhnya dikekalkan pada Kementerian Kewangan.

"Proses pemilihan itu akan melibatkan kriteria yang ketat termasuk rekod pencapaian atau prestasi, kadar tempoh pelaksanaan dan kemampuan kewangan bagi pembangunan berskala besar itu.

"Ini penting bagi mempertingkatkan semua aspek Bandar Malaysia termasuk peranannya sebagai hab perniagaan, pengangkutan, penempatan dan pelancongan.

"Langkah yang diambil hari ini bertujuan memastikan tidak wujud sebarang masalah jangka panjang dalam pembangunan Bandar Malaysia dan apabila siap kelak, ia dapat menepati (peranan) sebagai kepentingan negara pada tahap lebih baik berbanding sebelumnya," katanya.

- Malaysian Digest

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :