Bekas pengarah FBI ketuai siasat campur tangan Russia


WASHINGTON: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) melantik bekas Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sebagai peguam khas untuk mengetuai siasatan campur tangan Russia dalam pilihan raya presiden 2016.

Timbalan Peguam Negara, Rod Rosenstein, menamakan Robert Mueller mengetuai siasatan terhadap dakwaan itu dan kemungkinan pembabitan pasukan Presiden Donald Trump untuk melambatkan siasatan.

"Berdasarkan keadaan yang unik dan kepentingan awam memerlukan saya untuk meletakkan penyiasatan ini di bawah bidang kuasa seseorang yang mengamalkan kebebasan daripada menerima arahan biasa," kata Rosenstein dalam satu kenyataan. - AFP


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :