Berani Matilah Sangat


SUNGAI PETANI: Tindakan sekumpulan lelaki termasuk pelajar sekolah berusia 15 hingga 20 tahun yang meraikan penubuhan kumpulan ' Satu Hati' dengan memotong kek memaparkan angka dan logo kumpulan kongsi gelap Geng 35 membawa padah apabila 17 daripada mereka ditahan polis.

Mereka ditahan Bahagian Kongsi Gelap,Maksiat Dan Perjudian ( D7) Ibu Pejabat Kontinjen negeri jam 11 malam semalam dan pagi ini di sekitar Bukit Selambau,Taman Ria Jaya dan beberapa sekolah sekitar Kuala Muda.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima dua gambar melalui aplikasi WhatsApp memapar sekumpulan lelaki termasuk pelajar berpakaian sekolah memotong kek tertera angka 35.

Beliau berkata, pada kek itu tertera nama 'KUMARA' pada angka 3, serta perkataan' MARAN' pada angka 5 serta sekeping gambar bertulis angka '555' dan '35'.

"Selain itu terdapat tulisan Kedah Pasangge (Budak 35 Kedah) dan tulisan Satu Hati Berani Mati dan Kalau Takut Jangan Ikut 35' pada kek berkenaan.

"Susulan penyebaran viral itu,kira-kira 11 malam tadi (semalam), sepasulan anggota D7 mengesan dan menahan seorang lelaki berusia 19 tahun di sebuah rumah di Ladang UP,Bukit Selambau serta dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun di Taman Ria Jaya dan Flet Paya Nahu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Md Zukir berkata, hasil penahanaan tiga lelaki itu polis kemudian melakukan operasi di beberapa sekolah sekitar Kuala Muda dan menahan 14 belas pelajar berusia 15 hingga 17 tahun dan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk siasatan lanjut.

"Tiga suspek direman tiga hari bermula hari ini hingga 7 Mei manakala 14 pelajar sedang diambil keterangan," katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 52 Akta Pertubuhan 1966.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, melalui akaun twitter miliknya turut mengucapkan syabas dengan penahanan pelajar yang terbabit dalam gangsterisme di Sungai Petani, selain menyatakan ramai lagi akan ditangkap.-myMetro

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :