Cungkil Atlet Berbakat Keutamaan Snowdan


KUCHING: Mencari dan mencungkil bakat baharu dalam arena sukan akan menjadi perhatian Menteri Muda Belia dan Sukan, Snowdan Lawan dalam memastikan Sarawak mempunyai atlet pelapis selain mampu menjadi kuasa sukan di Malaysia.

Snowdan bagaimanapun berkata, buat masa ini beliau dan Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah perlu mendapatkan maklumbalas secara menyeluruh daripada pegawai terlebih dahulu mengenai perancangan serta hala tuju kementerian.

Menurutnya, usaha tersebut penting untuk membolehkan perancangan strategik dan komprehensif dibuat bagi jangka masa panjang.

"Kita akan mencari atau mencungkil bakat baharu dalam arena sukan selain memastikan kita mempunyai pelapis sekaligus menjadi kuasa sukan di Malaysia," katanya.

Beliau turut menyatakan keazaman melakukan yang terbaik untuk membantu Karim membawa perubahan dalam kementerian.

Pada masa sama, Snowdan berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Jemut Masing kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada beliau menjadi menteri muda.

"Pelantikan ini adalah satu penghormatan dan penghargaan kepada PRS terutama penduduk Balai Ringin.

"Pada mulanya saya agak terperanjat dan tidak menjangka dilantik sebagai menteri muda," katanya.-Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :